Rangkaian kampus Putrajaya (PCN)

Rangkaian Kampus Putrajaya atau PUtrajaya Campus Network (PCN) ialah infrastruktur rangkaian yang ekslusif yang disediakan untuk semua agensi Kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Dengan penggunaan PCN, setiap agensi Kerajaan di Putrajaya berupaya berkomunikasi di antara satu sama lain dengan menggunakan rangkaian berkelajuan tinggi dan juga dengan organisasi-organisasi di luar Putrajaya melalui gerbang atau gateway bagi capaian ke Internet, Rangkaian EG*Net dan lain-lain lagi.

Sehingga kini, lebih daripada 30,000 orang pengguna dari lebih daripada 70 agensi Kerajaan yang meliputi kawasan di Presint 1 (Parcel A, Parcel B, Parcel C, Parcel D, Parcel E, Wisma Putra, Kediaman Rasmi Perdana Menteri), Presint 2, Presint 3 dan Presint 4.

Perkhidmatan PCN meliputi:

  • Khidmat nasihat mengenai agensi kepada agensi-agensi yang akan berpindah ke Putrajaya

  • Khidmat bantuan sokongan dan penyelenggaraan ke atas sistem rangkaian


Garis Panduan:

- Putrajaya Campus Network (PCN) Policy


Maklumat Lanjut:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2, Parcel B,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Pembangunan Kerajaan Elektronik)

Telefon :03-8888 7999
Faks : 03-8888 3997
E-mel: zaiha@mampu.gov.my

Laporan Kerosakan:
helpdesk@mampu.gov.my


Laman web:
http://helpdesk.mampu.gov.my

 

MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007.
50 Tahun Merdeka
Multimedia Super Corridor