Perolehan Peralatan Pejabat

Agensi-agensi Kerajaan perlu mengemukakan permohonan secara rasmi untuk mendapatkan sokongan MAMPU bagi perolehan peralatan pejabat yang kosnya melebihi RM10,000 sebelum proses pembelian dilakukan.

Walau bagai mana pun, keperluan surat sokongan MAMPU ini tidak meliputi perolehan bagi peralatan komputer.

Kategori peralatan pejabat yang memerlukan sokongan MAMPU sebelum perolehan dibuat adalah seperti berikut:

  • Peralatan pemprosesan teks
  • Alat komunikasi
  • Alat pandang dengar
  • Mesin kutipan hasil
  • Alat penyalinan dan percetakan
  • Peralatan pengurusan rekod
  • Mesin-mesin seumpamanya.

 

Maklumat Lanjut :

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok B2, Parcel B,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Pengarah Bahagian Dasar dan Pengurusan Kualiti)

Tel: 603-8888 2451
Faks: 603- 8888 3565

MAMPU telah berjaya memperoleh persijilan standard MS ISO 9001:2000 pada 20 April 2007.
50 Tahun Merdeka
Multimedia Super Corridor