Portal Perkhidmatan Awam

Portal Perkhidmatan Awam yang lebih dikenali sebagai myGovernment merupakan gerbang utama yang membolehkan pengguna mencapai maklumat, borang muat turun dan perkhidmatan dalam talian Kerajaan dengan lebih mudah menerusi konsep yang berasaskan kehendak pengguna (intention-based).

Sebagai gerbang utama bagi semua maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan, orang ramai boleh mencapainya melalui Internet tanpa perlu mengetahui alamat laman web setiap agensi Kerajaan atau hadir ke agensi-agensi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan, borang atau maklumat.

Antara kemudahan yang terdapat pada Portal adalah:

 

  • LamanKu (MyHome)
    Membenarkan paparan maklumat secara personalised kepada pengguna Portal yang berdaftar.

  • Pusat Mesej
    Membenarkan pengguna mengirim dan menerima mesej daripada agensi-agensi Kerajaan dan Portal.

  • Pusat Undian
    Menyediakan senarai topik yang memberi peluang kepada pengguna menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu isu semasa melalui Portal.

  • Pusat E-Transaksi
    Pusat untuk borang muat turun dan segala perkhidmatan dalam talian yang disediakan Laman web/Portal agensi-agensi kerajaan.

Kepada agensi-agensi Kerajaan yang mempunyai maklumat untuk dipapar di Portal Perkhidmatan Awam seperti dalam senarai berikut, maklumat tersebut boleh dihantar melalui surat rasmi atau faks kepada MAMPU atau emel kami di alamat: mygovernment@mampu.gov.my.
  • Soalan undian
  • Jawatan kosong
  • Notis tender
  • Kalendar peristiwa
  • Penukaran alamat laman web agensi
  • Borang muat turun sama ada untuk dipaut atau dihoskan di Portal
  • Perkhidmatan dalam talian sama ada untuk dipaut atau dihoskan di Portal

 

Maklumat Lanjut :

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Bahagian Pembangunan Kerajaan Elektronik)

Nombor telefon bagi helpdesk Portal Perkhidmatan Awam (myGov):

  • 603-8872 5117/

Faks: 603-88883261

E-mel : admin@portal.gov.my


Alamat Portal : http://www.malaysia.gov.my



myGovernment Portal Portal OSCC Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
MyMeeting Knowledge Management MAMPU Biro Pengaduan Awam
PEMUDAH GOE-EGDMS HRMIS
Pelan Strategik MAMPU 2008-2012 Portal Keselamatan ICT MyIdeas : 1Malaysia 1 Million Ideas
Jabatan Perkhidmatan Awam Webmel MAMPU MyID
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my

Tarikh Kemaskini : 11 March 2010


Bil. Pelawat/Visitor No
counter MAMPU