Perkongsian Pintar

MAMPU melaksanakan program Perkongsian Pintar yang merupakan gabungan strategik (strategic alliance) dan membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.

Dalam konteks sektor awam pula, perkongsian pintar berlaku apabila agensi-agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang pembangunan sistem.

Fokus awal perkongsian pintar ditumpukan kepada perkongsian sistem aplikasi di kalangan agensi-agensi Kerajaan dan antara sektor awam dan sektor swasta.

Pendekatan ini diambil memandangkan agensi-agensi Kerajaan sebelum ini telah membangunkan sistem aplikasi masing-masing secara berasingan.

Sistem-sistem aplikasi tersebut sebahagian besarnya adalah bagi aktiviti-aktiviti generik seperti pengurusan personel, rekod, aset, kewangan dan komunikasi antara agensi yang sepatutnya boleh dikongsi sama.

Di bawah program ini, agensi Kerajaan digalakkan supaya menggunakan sistem aplikasi yang telah sedia dibangunkan oleh agensi lain dengan sedikit pengubahsuaian jika perlu.

Pemantauan program ini dibuat menerusi Jawatankuasa Perkongsian Pintar.


Kumpulan sasaran

  • semua peringkat agensi kerajaan
  • sektor awam dan sektor swasta


MAMPU menawarkan khidmat perkongsian pintar menerusi Sistem Repositori Aplikasi Perkongsian Pintar (RAPP).

Menerusi sistem ini para pengguna yang terdiri daripada agensi kerajaan dan pihak swasta boleh mendapat capaian kepada maklumat mengenai sistem aplikasi yang ada seperti berikut:-

  1. merujuk dan mendapatkan maklumat mengenai sistem aplikasi yang sedia ada;

  2. Memasukkan maklumat aplikasi ke dalam repository secara atas talian (online); dan

  3. Membuat pertanyaan mengenai sistem aplikasi secara atas talian dan interaktif.



Keterangan Lanjut



Maklumat Lanjut :

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA




 


myGovernment Portal Portal OSCC Gerbang SMS Kerajaan Malaysia
MyMeeting Knowledge Management MAMPU Biro Pengaduan Awam
PEMUDAH GOE-EGDMS HRMIS
Pelan Strategik MAMPU 2008-2012 Portal Keselamatan ICT MyIdeas : 1Malaysia 1 Million Ideas
Jabatan Perkhidmatan Awam Webmel MAMPU MyID
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
Tel:603-8872 3000 Faks:603-8888 3721
E-mel: webmaster@mampu.gov.my

Tarikh Kemaskini : 18 March 2010


Bil. Pelawat/Visitor No
counter on iweb