Bahagian MAMPU

Organization Chart

MAMPU CAWANGAN SABAH

PENGARAH

KANEYASEN A/L PERUMAL

kaneyasen@mampu.gov.my

FUNGSI SEKSYEN

Seksyen Pembangunan Pengurusan

Unit Inspektorat dan Kajian Perundingan

  • Menyediakan khidmat rundingan pelaksanaan dasar, polisi, standard dan garis panduan program-program peningkatan kualiti, produktiviti, integriti perkhidmatan awam.
  • Merangka, merancang dan melaksanakan program lawatan inspektorat ke semua Kementerian/Agensi Persekutuan dan Negeri.
  • Menyediakan laporan lawatan inspektorat dan melaporkan hasil lawatan kepada pengurusan atasan MAMPU dan stakeholder.
  • Melaksanakan kajian impak kepuasan hati pelanggan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan.
  • Membantu melaksana dan menyediakan laporan program pengredan agensi melalui kaedah Star Rating.
  • Melaksanakan penilaian agensi-agensi Persekutuan dan Negeri untuk tujuan pengiktirafan.
     

Unit Khidmat Nasihat dan Keurusetiaan

  • Meningkatkan kesedaran agensi-agensi mengenai dasar, polisi, standard dan garis panduan program-program peningkatan kualiti, produktiviti, integriti perkhidmatan awam.
  • Mengenalpasti, menambahbaik dan merekayasa sistem dan prosedur kerja agensi-agensi.
  • Melaksanakan program-program promosi dan hebahan program-program MAMPU.
  • Menjalankan tugas keurusetiaan dan menguruskan majlis Anugerah Kualiti, KMK, Hari Q.

Seksyen Pembangunan ICT

Unit Pembangunan dan Inspektorat

  • Menyediakan khidmat rundingan / nasihat mengenai pelaksanaan dasar, polisi, standard, garis panduan dan program-program peningkatan pembangunan ICT perkhidmatan awam.
  • Merancang program-program kesedaran mengenai dasar, polisi, standard dan garis panduan program ICT.
  • Merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembudayaan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.
  • Melaksanakan inspektorat ICT dan pematuhan terhadap dasar, polisi, standard dan garis panduan pembangunan ICT sektor awam.
  • Mewakili MAMPU dengan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa ICT negeri.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi projek e-Kerajaan termasuk semua perkhidmatan 'on-line'.

Unit Aplikasi dan Sokongan Teknikal

  • Memantau dan menyelaras konsolidasi melalui sokongan teknikal EG*Net.
  • Memantau dan memberi sokongan teknikal projek-projek Kerajaan Elektronik di peringkat negeri.
  • Menjalankan tugas keurusetiaan dan memberi sokongan teknikal di tapak untuk semua majlis dan program ICT.

Seksyen Khidmat Sokongan

Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia

  • Mengurus tadbir pejabat MAMPU Cawangan Sabah.
  • Mengurus tadbir rekod perkhidmatan, pengisian, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, prestasi tahunan, persaraan dan tatatertib.
  • Mengurus tadbir dan menyelenggara peralatan dan keselamatan bangunan pejabat.
  • Mengurus semua hal ehwal perhubungan awam dan Pejabat Perkhidmatan Pelanggan.
  • Urusan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  • Pengurusan pengisytiharan harta.

Unit Kewangan dan Akaun

  • Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
  • Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
  • Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat.
  • Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
  • Mengurus pesanan tempatan.
  • Mengurus terimaan dan akaun Panjar Wang Runcit.
     


     
    PIAGAM PELANGGAN
     
     
    Khidmat Perundingan / Nasihat
     
    Memberi khidmat perundingan dan nasihat dalam bidang pembangunan pengurusan dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan secara profesional, mesra, tepat dan mengikutmasa yang ditetapkan.

    Melaksanakan kajian perundingan pengurusan disiapkan mengikut tempoh berikut:

    a.Kajian berskop kecil – tidak melebihi tiga bulan;
    b.Kajian berskop sederhana – tidak melebihi enam bulan; dan
    c. Kajian berskop besar – tidak melebihi setahun.

    Keberkesanan penyampaian khidmat perundingan perlu dinilai seperti berikut:

    a.Mencapai sekurang-kurangnya 4 dalam skala 1 hingga 7 di akhir sesi.
    b.Penilaian tahap pelaksanaan seperti berikut:
      - Enam bulan selepas khidmat perundingan selesai; dan
      - Setahun selepas khidmat perundingan selesai bagi khidmat pengurusan.

    Penilaian keberkesanan khidmat nasihat yang merangkumi ceramah/taklimat, bengkel dan seminar perlu mencapai sekurang- kurangnya 4 dalam skala 1 hingga 7.

    Memberikan khidmat nasihat/bimbingan pengurusan yang berkesan dengan tahap kepuasan
    mencapai tidak kurang daripada 80%.

     
    Lawatan Inspektorat Kualiti

    Menyediakan laporan lawatan inspektorat kepada agensi Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir lawatan.

     
    Perkhidmatan Urus Setia

    Menyediakan perkhidmatan urus setia kepada Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (QEC) dan Jawatankuasa Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah (JPQ) dengan cekap, teratur dan sempurna.

    Mengedarkan minit mesyuarat dalam tempoh tiga(3) hari selepas mesyuarat.


     
    Ulasan Teknikal

    Memastikan permohonan ulasan teknikal bagi pelupusan komputer/perolehan computer dikeluarkan kepada jabatan pemohon tidak lewat satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.


     
    Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Memberi khidmat perundingan/khidmat nasihat kepada agensi-agensi kerajaan di NegeriSabah dalam bidang ICT seperti berikut:-

    a. Keselamatan ICT;
    b. Laman Web;
    c. Pembangunan rangkaian ICT;
    d. Projek dan aplikasi Kerajaan Elektronik.

    Memberikan khidmat nasihat/bimbingan pengurusan yang berkesan dengan tahap Kepuasan mencapai tidak kurang daripada 80%.

     
    Pemantauan Talian EG*Net

    Memberi maklumbalas terhdap aduan yang dihadapi agensi di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah berkenaan talian EG*Net dalam tempoh tidak melebihi 3 hari bekerja bergantung kepada tahap kesukaran masalah.

     
    Pengurusan Aduan Awam

    Akuan Penerimaan Aduan secara bertulis melalui surat atau emel akan dihantar kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari selepas aduan diterima.

    Maklumbalas terhadap aduan dihantar kepada pengadu dalam tempoh sembilan (9) hari bekerja selepas Akuan Penerimaan Aduan dihantar bagi aduan berkaitan MAMPU Cawangan Sabah.
    Aduan dipanjangkan kepada Biro Pengaduan Awam Cawangan Sabah atau Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah dan salinan dihantar kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas Akuan Penerimaan Aduan dihantar bagi aduan berkaitan Jabatan/Agensi lain.


    Pembayaran Bil dan Invois

     
    Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan (bagi
    dokumen yang lengkap)

     
  • CARTA ORGANISASI MAMPU CAWANGAN SABAH

    Carta Organisasi terkini (sehingga 20 Mac 2012)


                                                                                                             Kemaskini : 28 Mac  2012