| | BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN ICT  | PENGARAH Dr. Sapiah binti Sakri sapiah@mampu.gov.my | | | OBJEKTIF BAHAGIAN - Merancang, menyelaras, dan memantau pembangunan ICT Sektor Awam ke arah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap dan berkualiti.
FUNGSI BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN ICT Merangka program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan ICT di peringkat agensi, di antara agensi dan kebangsaan; - Menyelaras pelaksanaan projek ICT agensi-agensi Sektor Awam;
Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi Sektor Awam dalam melaksanakan projek-projek ICT; Menjalankan kajian-kajian ICT bagi mengenal pasti dasar dan garis panduan untuk menyokong pembangunan ICT Sektor Awam; dan Membantu agensi-agensi Sektor Awam dalam pembangunan dan pelaksanaan projek-projek khas bagi mencapai objektif Kerajaan Elektronik FUNGSI SEKSYEN Unit Penyelidikan Dan Perancangan ICT - Membangunkan arah tuju dan strategik ICT Sektor Awam
- Mengenal pasti dan mengkaji bidang-bidang strategik ICT Sektor Awam serta inovasi ICT Sektor Awam ke arah pembangunan Kerajaan Elektronik
- Merancang dan menyelaras inisiatif-inisiatif baru ICT yang berimpak tinggi.
- Merangka dan menyediakan kertas konsep dan blueprint inisiatif-inisiatif ICT yang telah dikenal pasti
- Mengurus dan menyelaras pelaksanaan kajian-kajian ICT
- Menyediakan khidmat nasihat dan perundingan kepada agensi
- Mengadakan kolaborasi dengan Pusat Penyelidikan Industri ICT di peringkat nasional dan antarabangsa
Unit Pembangunan Dasar, Standard dan Garispanduan ICT - Menyediakan garis panduan ICT yang dikenal pasti bagi mempertingkatkan prestasi pelaksanaan dan penggunaan ICT dalam Sektor Awam berdasarkan amalan terbaik dan teknologi terkini.
- Menyemak dan mengkaji keberkesanan dasar, garis panduan dan standard yang telah disediakan bagi meningkatkan prestasi pelaksanaan ICT Sektor Awam.
- Merancang, mengurus dan melaksana kajian semula dasar dan garis panduan ICT Sektor Awam sedia ada.
- Menganggotai Working Group dan Technical Committee di peringkat nasional dan antarabangsa
- Menyediakan khidmat nasihat dan perundingan kepada agensi
Seksyen Pembangunan ICT Agensi; Unit Penilaian - Menimbang dan mengesahkan Pelan Strategik ICT (ISP) agensi-agensi Sektor Awam
- Menimbang dan memberi kelulusan teknikal projek ICT bagi agensi-agensi Sektor Awam
- Mengenal pasti masalah-masalah dan isu-isu semasa di dalam pelaksanaan ICT di agensi-agensi Sektor Awam serta memperakukan cadangan untuk mengatasinya
- Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan ICT di agensi Sektor Awam
- Memberi khidmat sokongan kepada pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik
- Urusetia kepada Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT)
Unit Pemantauan - Memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan projek-projek ICT agensi yang telah diluluskan oleh JTICT dan JPICT Agensi.
- Menyediakan khidmat nasihat dalam tatacara perolehan perkakasan dan aplikasi ICT di Sektor Awam
- Membantu dalam pelaksanaan kajian pengkomputeran yang berkaitan dengan pewujudan dasar, penyediaan piawaian, penyediaan garis panduan pengkomputeran dan penggunaan teknologi baru
- Menyediakan laporan mengenai pengkomputeran di Sektor Awam kepada Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)
Seksyen Open Source & Open Standard Sektor Awam Unit Polisi dan Unit Kajian Merangka, menyelaras dan melaksanakan program OSS dan Open Standard Sektor Awam: - Mengenal pasti polisi OSS dan Open Standard
- Promosi
- Pematuhan
- Pengurusan Tender
- Perlantikan Perunding
- Pelaksanaan kajian;
- Pelan Induk OSS Sektor Awam
- Pelan Induk ODF Sektor Awam
- Pelan Migrasi ODF MAMPU
- Laman Web ODF komuniti
Unit Kolaborasi (Perkongsian Pintar) & Polisi - Mengkaji, mempertingkatkan dan mengurus perkongsian pintar dan model “hub & spoke “ insiatif bersama IPTA dan komuniti perniagaan.
- Mengkaji, mempertingkatkan dan mengurus pelaksanaan Strategic Thrusts untuk meningkatkan keberkesanan.
- Mengkaji dan mengemaskini polisi OSS MAMPU, garis panduan, piawaian dan mempromosikan penggunaan OSS.
- Meransang industri tempatan OSS melalui inisiatif e-Marketplace
- Meningkatkan visibiliti OSCC melalui penyertaan di dalam persidangan dan kolaborasi antarabangsa.
- Mengkaji, kolaborasi dan membantu di dalam menyediakan bantuan dan insentif untuk projek OSS R&D.
Unit Sokongan Aplikasi dan Unit R&D - Mengkaji dan menilai aktiviti pelaksanaan OSS.
- Menilai dan mempertingkatkan projek perintis untuk meningkatkan adaptasi dan penerimaan.
- Mengenalpasti projek perintis baru dengan potensi replikasi yang tinggi.
- Mengenalpasti dan membangunkan aplikasi OSS baru untuk Sektor Awam.
- Membangunkan dan mempertingkatkan ciri-ciri di dalam Portal OSCC dan Knowledge Bank.
- Menyelidik dan menyediakan OSS solutions yang baru kepada Agensi Sektor Awam.
- Menyediakan laporan ulasan OSS solutions untuk Agensi Sektor Awam.
- Menyediakan kaedah peralihan OSS dan penyelidikan ke dalam interoperability.
- Menyediakan sokongan teknikal tahap kedua kepada Agensi Sektor Awam.
- Mengenalpasti projek R&D bersama IPTA.
Unit Pemasaran, Unit Sokongan Teknikal dan Unit Latihan & Persijilan - Mempromosi penggunaan aplikasi OSS di dalam Sektor Awam.
- Mempromosi perkhidmatan OSCC, produk dan kemudahan kepada Sektor Awam.
- Mempromosi dan merangsang permintaan untuk OSS melalui persidangan antarabangsa dan misi Perdagangan OSS.
- Menghasilkan jurnal-jurnal OSS, newsletters dan risalah.
- Memastikan Portal OSCC dan Knowledge Bank dikemaskini dengan isi kandungan yang relevan dan terbaru.
- Melaksanakan dan mempromosi inisiatif e-MarketPlace.
- Memantapkan anugerah OSS dan program-program pengiktirafan.
- Mewujudkan dan mengekalkan Badan Persijilan MAMPU OSS, standard dan kolaborasi bersama organisasi persijilan antarabangsa.
- Memperolehi dan mengekalkan pengiktirafan Kerajaan Malaysia untuk persijilan MAMPU OSS.
- Membangunkan kumpulan tenaga pengajar yang diiktiraf dan pusat latihan di dalam Sektor Awam dan Swasta.
- Mengenal pasti dan mengemaskini kursus-kursus latihan termasuk kursus bertaraf lanjutan.
- Menyediakan kursuskepada kakitangan sokongan OSS.
- Mewujudkan dan mengoperasi pusat pemeriksaan persijilan luaran.
- Mengkaji dan melaksanakan pelan migrasi OSS MAMPU.
- Menyediakan dan menyokong pengemaskiniansecaraautomatikproduk-produk OSCC, OSS repository mirror site, Knowledge Bank, Tridedan kemudahan untuk menguji aplikasi secara virtual.
- Menyokong dan menyelenggarakan semua perkakasan dan perisian desktop dan server di OSCC.
- Menyokong dan menyelenggarakan semua infrastruktur LAN dan WAN di OSCC.
- Menyediakan sokongan teknikal tahap pertama dan perkhidmatan meja bantuan kepada Sektor Awam.
Unit Pentadbiran dan Kewangan - Menyediakan sokongan pentadbiran dan kewangan untuk operasi harian OSCC.
- Mengurus dan menyenggara semua jenis surat-menyurat, rekod kewangan, bil-bil, kontrak dan lain-lain dokumen pentadbiran untuk memudahkan rujukan.
- Menguruskan pembelian dan penggunaan barangan alat tulis pejabat, consumables, dan sebagainya.
- Mengkoordinasikan pembayaran untuk semua bil bagi pengoperasian OSCC.
- Menguruskan penyelengaraan berkala untuk kemudahan pejabat dan memastikan kebersihan pejabat.
- Menguruskan akses keselamatan untuk staf OSCC, pelawat dan keselamatan keseluruhan premis.
Seksyen Penyelarasan & Penyebaran Dasar Unit GCIO - Memacu Perancangan Strategik ICT dan penjajaran program ICT Sektor Awam
- Memacu pemakaian (adoption) Enterprise Architecture dalam Sektor Awam
- Memacu kesesuaian peraturan/ dasar/ standard/ amalan terbaik ICT
- Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT (ICT shared services) dalam Sektor Awam
- Memacu perkongsian maklumat ke arah perkhidmatan cross-agency
- Merangka dan merancang program CIO Sektor Awam
Unit Kolaborasi Strategik ICT - Merangka, menyelaras dan melaksanakan program strategik ICT SektorAwam
- Merangka dan merancang Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK);
- Memantau dan mengukur program-program JITIK
- Merangka dan melaksana program kolaborasi ICT Sektor Awam, industri tempatan dan antarabangsa
Unit Perkhidmatan Generasi Baru ICT (ICT New Generation Services) - Mengenalpasti perkhidmatan generasi baru (new generation services);
- Mengukuh tadbir urus ICT Sektor Awam;
- Mengukur dan menilai pencapaian program dan perkhidmatan ICT;
- Merangka dan melaksana program kolaborasi ICT Sektor Awam;
- Menyediakan repositori ICT Sektor Awam;
- Mengukur dan menilai projek ICT RMKe-10 Sektor Awam dan NKEA di bawah tanggungjawab MAMPU; dan
- Membangunkan Portal GCIO
•EGAA (http://www.mampu.gov.my/perkhidmatan/egaa) •Data Dictionary Sektor Awam (http://www.mampu.gov.my/perkhidmatan/perancanganict) •Open Source (http://www.mampu.gov.my/perkhidmatan/opensource) •Pelan Strategik ICT (http://www.mampu.gov.my/perkhidmatan/isp) •Perolehan ICT Sektor Awam (http://www.mampu.gov.my/perkhidmatan/perolehanict)
CARTA ORGANISASI BDPICT - Carta Organisasi Warga BDPICT
Kemaskini : 6 Januari 2012 |