BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA
 | PENGARAH Siti Mariam binti Abdul sma@mampu.gov.my |
FUNGSI BAHAGIAN
Seksyen Kewangan dan Akaun
Unit Pengurusan Kewangan dan Akaun
- Mengurus, menyedia dan memantau Belanjawan Mengurus.
- Mengurus, menyedia dan mengemaskinian akaun termasuk perbelanjaan, hasil dan amanah.
- Mengurus pembayaran semua jenis bil dan tuntutan di bawah Belanjawan Mengurus termasuk tuntutan Perjalanan, invois dengan Pesanan Tempatan, invois tanpa Pesanan Tempatan dan gaji / elaun / kemudahan.
- Menyelaras kelulusan berbelanja.
- Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
- Mengurus pesanan tempatan.
- Mengurus terimaan dan akaun Panjar Wang Runcit.
- Melaksana naziran pematuhan prosedur kewangan.
- Urusetia kepada Jawatankuasa Kewangan dan Akaun .
Unit Pembangunan
- Mengurus, menyedia dan memantau Belanjawan Pembangunan.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan MAMPU di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.
- Menyediakan dan mengemaskini akaun Perbelanjaan Pembangunan.
- Mengurus pembayaran bil dan tuntutan pembangunan.
- Merancang, mengawal selia penggunaan dan mengemaskini maklumat-maklumat di dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP).
- Urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan.
Unit Perolehan
- Mengurus dan melaksana perolehan secara rundingan terus, sebutharga, tender dan cadangan teknikal kewangan.
- Melaksana dan memantau pengurusan kontrak.
- Urusetia kepada Lembaga Pra-Tender MAMPU dan JawatanKuasa Sebut Harga.
Seksyen Pentadbiran
Unit Pentadbiran dan Penyelenggaraan Aset
- Mengurus dan mentadbir hal ehwal pejabat termasuk :
- Urusan surat-menyurat
- Urusan menyediakan kemudahan kenderaan
- Urusan tempahan bilik mesyuarat dan penyediaan makanan
- Pengurusan fail dan rekod termasuk urusan pendaftaran dan pelupusan.
- Menguruskan dan mentadbir perkhidmatan pelanggan.
- Menguruskan dan mentadbir keselamatan MAMPU.
Unit Aset dan Fasiliti
- Mengurus pembelian, kawalan, penyelenggaraan serta pelupusan aset dan inventori pejabat
- Mengurus dan menyelenggara stor termasuk pembelian, kawal selia dan naziran stok
- Mengurus hal ehwal keselamatan, kebersihan dan keceriaan bangunan pejabat.
- Urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan MAMPU.
- Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset MAMPU.
Unit Sumber Maklumat dan Dokumentasi
- Membangun dan mengurus perkhidmatan pusat sumber
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan.
- Merekacipta konsep grafik dan menyediakan bahan-bahan grafik dan visual untuk keperluan pameran dan publisiti
- Mengendalikan kerja-kerja berkaitan percetakan, fotostat, setting dan lain-lain tugas am percetakan.
Unit Pengurusan Kualiti
- Mengurus, melaksana dan memantau pelaksanaan dasar dan program pembangunan kualiti dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
- Mengurus dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MAMPU (ISO)
Seksyen Sumber Manusia
Unit Perkhidmatan
- Menguruskan Maklumat Pengurusan Sumber Manusia melalui sistem HRMIS
- Perancangan Strategik Sumber Manusia
- Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia
- Menguruskan hal-hal perjawatan dan pengisytiharan harta
- Mengurus perkara berkaitan sumber manusia bermula lapor diri hingga pencen
- Menyediakan Borang Kew.8 bagi gaji, bayaran elaun dan lain-lain tuntutan
- Menguruskan permohonan pinjaman kenderaan, komputer dan perumahan
- Memproses urusan rasmi ke luar negara
Unit Prestasi dan Tatatertib
- Merancang pembagunan kerjaya pegawai dan kakitangan
- Merancang dan mengawal selia penggunaan sistem pengurusan sumber manusia: Sistem PROTIME
- Urusetia kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional (No 2) dan Kumpulan Sokongan (No. 1) dan (No. 2)
- Mengendalikan kaunseling dan motivasi kepada pegawai dan kakitangan
- Mengurus hal ehwal penilaian LNPT
- Pengurusan PTK di peringkat agensi
- Pengurusan Rakan Pembimbing di MAMPU
- Pengurniaan pingat dan darjah kebesaran bagi persekutuan dan negeri
Unit Pembangunan Sumber Manusia
- Menjalankan Analisis Keperluan Latihan bagi warga MAMPU
- Membangunkan Pelan Operasi Latihan berdasarkan kepada Analisis Keperluan Latihan
- Melaksanakan latihan berdasarkan kepada Pelan Operasi Latihan
- Menguruskan permohonan kursus/bengkel dalam atau luar negeri
- Pengurusan Mentoring di MAMPU
- Urusetia kepada Mesyuarat / Lembaga
- Panel Pembangunan Sumber Manusia
Seksyen Teknologi Maklumat
- Merancang, mengurus, melaksana dan memantau hala tuju Pelan Strategik ICT MAMPU
- Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem-sistem aplikasi MAMPU
- Mengkaji, merancang, mereka bentuk, membangun dan menyenggara secara teknikal laman web/portal MAMPU
- Menyedia, mengendali dan menyenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT MAMPU
- Mengawal selia kualiti sistem dan keselamatan maklumat
- Membudayakan penggunaan ICT di MAMPU
PROGRAM/INISIATIF
- Menyelaraskan Mesyuarat Pengurusan Kanan MAMPU (MPKM)
- Menyelaraskan Mesyuarat Pengurusan MAMPU (MPM)
- Menyelaraskan penerbitan-penerbitan MAMPU
- Menyelaraskan dan menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan Pentadbiran Perkhidmatan Awam
- Menyelaraskan kandungan Laman Web MAMPU
- Mengadakan dan menyelaraskan promosi semua Kementerian dan Agensi
- Menyelaraskan lawatan dari luar negara dan dalam negara
- Menguruskan pengurusan aduan
- Menyelaraskan hubungan antarabangsa
- Menyelaraskan hal ehwal korporat
CARTA ORGANISASI BKPSM