BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN
 | PENGARAH Dr. Zulkefli bin Ibrahimzulkefli@mampu.gov.my |
OBJEKTIF BAHAGIAN
- Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan melalui kajian pengurusan dan khidmat rundingan
- Memastikan usaha penambahbaikan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam dilaksanakan secara berterusan
FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN
Merancang dan melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai penambahbaikan dan perekayasaan proses kerja dalam sistem penyampaian perkhidmatan Sektor Awam
Menyediakan laporan pencapaian dan keberkesanan cadangan perekayasaan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam
Menyediakan khidmat rundingan dan bimbingan mengenai kaedah-kaedah perekayasaan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam
Fungsi Seksyen
Seksyen Dasar Pembangunan Pengurusan
- Menggubal dan merancang dasar pembangunan pengurusan
- Menyediakan strategi pelaksanaan Pembangunan Pengurusan
Seksyen Ekonomi dan Pentadbiran
- Merancang dan melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai penambahbaikan dan perekayasaan proses kerja dalam sistem penyampaian perkhidmatan Sektor Awam dalam bidang-bidang ekonomi dan pentadbiran
- Menyediakan laporan pencapaian dan keberkesanan cadangan perekayasaan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam dalam bidang-bidang ekonomi dan pentadbiran
- Menyediakan khidmat rundingan dan bimbingan mengenai kaedah-kaedah perekayasaan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam dalam bidang-bidang ekonomi dan pentadbiran
Seksyen Sosial dan Keselamatan
- Merancang dan melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai penambahbaikan dan perekayasaan proses kerja dalam sistem penyampaian perkhidmatan Sektor Awam dalam bidang-bidang sosial dan keselamatan
- Menyediakan laporan pencapaian dan keberkesanan cadangan perekayasaan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam dalam bidang-bidang sosial dan keselamatan
- Menyediakan khidmat rundingan dan bimbingan mengenai kaedah-kaedah perekayasaan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam dalam bidang-bidang sosial dan keselamatan
- Menyelaras tugas-tugas sokongan di dalam Mesyuarat PEMUDAH dan Mesyuarat Focus Group
Seksyen Keurusetiaan dan Khidmat Sokongan
- Menyelaras dan memantau program kajian-kajian terhadap agensi-agensi Sektor Awam
- Urus Setia kepada Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P)
- Memberi khidmat sokongan kepada semua aktiviti utama di seksyen dalam bahagian iaitu:
- pengurusan kewangan;
- pengurusan pentadiran;
- pengurusan kualiti; dan
- pengurusan perkhidmatan.
- Mengurus pengumpulan dan penyimpanan dokumentasi hasil-hasil kajian
PROGRAM DAN INISIATIF:
Melaksanakan kajian-kajian perekayasaan proses dan prosedur kerja (business process reengineering) dan peningkatan daya saing negara dalam agensi-agensi sektor awam
Melaksanakan program-program outreach/ bimbingan (handholding) kepada agensi-agensi sektor awam
Menyediakan khidmat rundingan/konsultansi kepada agensi-agensi sektor awam
Menjalankan tugas-tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P)
Kemaskini : 17 Jun 2011