Bahagian MAMPU

Organization Chart



BAHAGIAN PEMATUHAN ICT
 

PENGARAH

Muhammad bin Ali

mba@mampu.gov.my


FUNGSI-FUNGSI


Seksyen Pemantauan Siber

  • Mengesan secara proaktif dan reaktif ancaman pencerobohan menerusi pemantauan rangkaian ICT secara jarak jauh 24 x 7 dan memberi notis amaran kepada agensi di bawah kawalan PRISMA bagi mengurangkan bilangan dan kesan insiden keselamatan ICT;
  • Melaksanakan imbasan ke atas sistem rangkaian dan aset ICT agensi Sektor Awam secara jarak jauh bagi membantu mengenal pasti kelemahan (vulnerability) yang terdapat serta memberikan cadangan pengukuhan yang sewajarnya;
  • Melaksanakan ujian penembusan terhadap 15 agensi di bawah kawalan PRISMA dan melaksanakan Security Posture Assessment (SPA) atas permohonan agensi; dan
  • Menganalisis ancaman pencerobohan, meramal trends dan memberi amaran awal mengenai serangan siber yang dijangka.


Seksyen Pengurusan Serangan Siber

  • Merancang pengurusan pengendalian insiden keselamatan ICT Sektor Awam.
  • Mengurus pengendalian insiden keselamatan ICT Sektor Awam;
  • Menyelaras, memantau pelaksanaan dan menyedia khidmat nasihat kepada CERT Agensi Sektor Awam;
  • Melaksana program pembangunan pasukan pengendali insiden keselamatan ICT CERT Agensi Sektor Awam;
  • Mengurus data insiden keselamatan ICT, Profil CERT Agensi dan Portal GCERT;
  • Melaksana program pertukaran dan perkongsian maklumat antara CERT (MyCERT/APCERT/FIRST); dan
  • Merancang, merangka dan menyelaras pelaksanaan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCM) di agensi Sektor Awam.



Seksyen Penilaian Pematuhan ICT

  • Merangka dan menyelaras pelaksanaan Pelan Tindakan Penilaian Pematuhan ICT Sektor Awam;
  • Melaksanakan lawatan Inspektorat Pematuhan ICT ke atas agensi Sektor Awam;
  • Mengurus dan menyelaras pelaksanaan penilaian risiko keselamatan ICT agensi Sektor Awam;
  • Menilai dan mengukur tahap kematangan dan keselamatan ICT (ICT maturity and security level) agensi Sektor Awam; dan
  • Menyediakan hasil penemuan dan cadangan penambahbaikan melalui Laporan Penilaian Pematuhan ICT Sektor Awam kepada Stakeholders.


Seksyen Pengukuhan ICT

  • Merangka dan menyelaras pelaksanaan Pelan Tindakan Pengukuhan ICT Sektor Awam;
  • Mengurus program Pensijilan Keselamatan ICT agensi Sektor Awam;
  • Mengurus dan menyelaras pelaksanaan ICT Security Scorecard;
  • Menyelaras pelaksanaan pengukuhan teknikal dan teknologi ICT di agensi Sektor Awam;
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal ICT untuk agensi Sektor Awam;
  • Menyelaras pelaksanaan program pembudayaan amalan baik ICT Sektor Awam dan bekerjasama dengan INTAN bagi program kompetensi keselamatan ICT; dan
  • Mengurus program pembangunan modal insan dan tadbir urus Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) agensi Sektor Awam.
 

 

Kemaskini : 23 Jun 2011