BAHAGIAN PERANCANGAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT
 | PENGARAH Mohd Khamde Khuzaini bin Tukiman khamde@mampu.gov.my |
OBJEKTIF BAHAGIAN
Meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam melalui:
- Membantu dalam pencetusan dan penjanaan idea-idea baru dan dasar mengenai pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam
- Menentukan penyebaran maklumat yang meluas mengenai program-program pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam
- Menyediakan sumber rujukan yang mencukupi dan terkini khususnya mengenai pengurusan dan perkembangan semasa
- Membantu mengadakan perancangan korporat dan program-program yang dapat meningkatkan imej MAMPU
SEKSYEN PERANCANGAN KOORDINASI
Unit Perancangan Strategik
- Merancang dan menggubal Pelan Strategik MAMPU
- Merancang dan menyediakan strategi pelaksanaan Pelan Strategik MAMPU/arahan Kerajaan/pekeliling/garis panduan
- Mengurus dan memantau pelaksanaan strategi pelaksanaan Pelan Strategik MAMPU/arahan Kerajaan/ pekeliling/garis panduan
- Menjalankan kajian semula strategi pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik MAMPU/arahan Kerajaan/pekeliling/garis panduan
- Menjalankan tinjauan/penyelidikan ke atas isu dan cabaran semasa bagi menentukan keperluan capacity dan kompetensi organisasi
Unit Penyelarasan dan Keurusetiaan
- Menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri, kertas konsep, kertas cadangan dan nota-nota taklimat MAMPU
- Menyelaras dan menyediakan draf jawapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
- Menyelaras dan menyediakan draf input titah ucapan di Raja untuk pembukaan rasmi Dewan Rakyat
- Menyelaras dan menyediakan input serta maklum balas oleh MAMPU kepada pihak luar
- Mengurusetiakan mesyuarat-mesyuarat utama MAMPU
SEKSYEN KOMUNIKASI KORPORAT DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
Unit Hal Ehwal Korporat
- Menguruskan perhubungan awam yang melibatkan MAMPU dan Sektor Awam
- Menguruskan hal ehwal pelanggan MAMPU
- Menyelaras dan menyampaikan ceramah/taklimat kepada Jabatan Kerajaan
- Mengendalikan lawatan delegasi tempatan dan luar negeri ke MAMPU
Unit Hubungan Antarabangsa
- Menjalinkan pakatan strategik dan hubungan kerjasama dengan badan-badan di peringkat antarabangsa, Komanwel dan ASEAN
- Menyelaras penyertaan dan peranan MAMPU dalam badan antarabangsa, Komanwel dan ASEAN
- Menyelaras penyertaan dan peranan MAMPU dalam forum/jawatankuasa teknikal/program anugerah di peringkat antarabangsa
- Merancang dan menyelaras penyediaan MOU dan program penempatan pegawai peringkat antarabangsa
SEKSYEN PROMOSI DAN DOKUMENTASI
Unit Publisiti dan Promosi
- Merangka dan melaksanakan program promosi dan publisiti MAMPU
- Merancang dan menguruskan program/aktiviti perhubungan media/awam
- Menyelaras dengan wakil media untuk tujuan penerbitan sisipan, iklan, wawancara serta bahan publisiti dan promosi
- Menyediakan bahan publisiti dan promosi
Unit Pengurusan Ilmu
- Merancang dan menyediakan Dasar Pengurusan Ilmu MAMPU
- Menguruskan Inisiatif Pengurusan Ilmu MAMPU
- Menjalankan program change management dan promosi Inisiatif Pengurusan Ilmu
Unit Dokumentasi
- Menguruskan penerbitan buku, buletin, laporan tahunan dan penerbitan-penerbitan berkala MAMPU
- Menguruskan penerbitan pekeliling, surat arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU
Unit Khidmat Sokongan
- Menguruskan hal ehwal pentadbiran.
- Pengurusan fail.
- Pengurusan cuti dan tuntutan.
- Pengurusan tempahan bilik latihan.
- Memberi khidmat sokongan kepada semua aktiviti utama di seksyen dalam bahagian iaitu;
- pengurusan kewangan
- pengurusan pentadiran
- pengurusan kualiti
- pengurusan perkhidmatan
- Merancang, membangun dan menyediakan khidmat Pejabat Perkhidmatan Pelanggan
Kemaskini : 4 Mei 2011