Blog Rasmi MAMPU

ETOS PERKHIDMATAN AWAM




       


Perkhidmatan awam Malaysia kini berada di suatu persimpangan untuk menyahut seruan transformasi.  Keadaan ini terhasil daripada kesan globalisasi dan tahap pendidikan yang semakin meningkat menyebabkan masyarakat semakin terdedah kepada ledakan maklumat tanpa sempadan dan persekitaran yang lebih moden dan canggih.  Perubahan ini telah membawa bersama harapan yang tinggi terhadap perkhidmatan awam yang telus, bertanggungjawab, cekap dan berteraskan kepentingan rakyat.  Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh perkhidmatan awam ialah bagaimana hendak memenuhi segala bentuk keperluan dan kehendak rakyat dengan pelaksanaan tanggungjawab berteraskan etos perkhidmatan awam yang merangkumi nilai serta amalan terpuji.
Buku ETOS Perkhidmatan Awam ini menerangkan lapan nilai luhur dan amalan terpuji yang boleh dipraktikkan iaitu:-
1.    Berintegriti
2.    Budaya Kesegeraan
3.    Mengutamakan pelanggan
4.    Bekerjasama dan bersepakat
5.    Inovasi dan kreativiti
6.    Musyawarah dan penglibatan
7.    Aduan sebagai hadiah
8.    Menimba ilmu, meningkatkan kemahiran

Buku Etos Perkhidmatan Awam boleh  diperolehi *di sini

LAPORAN TAHUNAN MAMPU 2011




       
LAPORAN TAHUNAN MAMPU 2011

Laporan Tahunan MAMPU 2011 telah siap diterbitkan dan dilancarkan pada 13 April 2012 oleh YBhg. Dato’ Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU. Selain menjadi wadah kepada repositori ilmu dan rakaman peristiwa, laporan ini juga merupakan kayu pengukur dalam menilai prestasi MAMPU menggalas misi sebagai peneraju transformasi Sektor Awam. Menerusi laporan ini pembaca dapat meneliti segala inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2011 dalam usaha memperkasakan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam.

Tahun 2011 telah menyaksikan MAMPU memperhebatkan sinergi transformasi melalui lebih banyak program turun padang, program perekayasaan proses dan prosedur kerja, peningkatan perkhidmatan online dan pemerkasaan ICT, program handholding serta penyediaan practical guidelines untuk memastikan agensi Sektor Awam sentiasa bersedia member perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi rakyat.

Laporan Tahunan MAMPU 2011 boleh  diperoleh *di sini.

Penilaian Star Rating Sektor Awam




       

Seiring dengan ledakan kemajuan global, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mentransformasikan jentera pentadbiran awam ke arah pemerkasaaan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap dan berkesan. Kejayaan transformasi Sektor Awam menuntut komitmen serta usaha bersepadu (concerted effort) daripada seluruh agensi Sektor Awam dalam meningkatkan prestasi organisasi masing-masing ke tahap yang lebih gemilang.

Lanjutan itu, MAMPU telah memperkenalkan Program Penilaian Star Rating Sektor Awam sebagai sebuah mekanisme bersepadu dalam mengukur prestasi agensi Sektor Awam ke arah mewujudkan budaya berprestasi tinggi dalam perkhidmatan Kerajaan.

Modul Penilaian Star Rating dikaji semula dan ditambah baik secara berterusan agar sentiasa relevan dan memenuhi keperluan semasa. Modul Penilaian Star Rating merangkumi tiga (3) komponen penilaian utama iaitu:

(a)    Komponen Pengurusan
(b)    Komponen Perkhidmatan Teras; dan
(c)    Komponen Pengurusan Pelanggan

Panduan Penilaian Star Rating Agensi Sektor Awam boleh  diperolehi di sini.

Showing 1 - 3 of 20 results.
Items per Page 3
Page of 7

 

MAMPU tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
Pendapat yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan agensi.

 

Hak Cipta Terpelihara MAMPU 2010