Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam
CIO di sektor awam bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, penyelarasan dan pemantauan program ICT. Fungsi Pejabat CIO; menyedia dan membekal maklumat untuk kemudahan dan peningkatan pengetahuan para CIO, agar pembangunan dan penggunaan ICT lebih terancang.
Kumpulan sasaran
Semua CIO yang telah dilantik berdasarkan surat Ketua Setiausaha Negara, bertarikh 22 Mac 2000.
Perkhidmatan Yang Disediakan:
(i) Pendaftaran CIO
Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (agensi Kerajaan) boleh mendaftar dan mengemas kini maklumat CIO masing-masing menggunakan Borang Maklumat CIO Sektor Awam.
(ii) One stop centre Profil Kompetensi dan Peningkatan Kompetensi CIO
CIO boleh melayari laman web berikut untuk memperoleh pengetahuan berhubung teknologi terkini, penemuan dan kajian terkini, jurnal dan dokumen berhubung dengan profil dan peningkatan kompetensi masing-masing.
- Persidangan CIO Sektor Awam 2010
- Persidangan 1e-GOVERNMENT 2009
Sumber maklumat ICT
Maklumat seperti senarai di bawah akan berada di hujung jari CIO:
(i) Arahan
Pekeliling dan Garis panduan
o Perolehan
o Keselamatan
o Komunikasi
o Aplikasi
o Perancangan dan Pengoperasian
(ii) Manual
o Manual Pengkomputeran
o Rangka Pelan Strategik Sektor Awam.
(iii) Perundangan
o Computer Crime Act 1997
o The Copyright Act 1997
o Digital Signature Act 1997
- Telemedicine Bill 1997
- Communications and Mutimedia Act 1998
o Pengurusan Rekod Elektronik
- Electronic Records Resources List
Sistem Maklumat CIO (MyCIO)
Sistem Maklumat CIO (MyCIO) menyediakan kemudahan kepada semua CIO Sektor Awam untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat CIO Agensi secara atas-talian. Ketika ini, sistem ini masih di peringkat percubaan dan perluasan penggunaan kepada setiap agensi akan dilaksanakan secara berperingkat. Maklumat lanjut berkenaan sistem ini boleh hubungi Pejabat GCIO (gcio@mampu.gov.my).
Dokumentasi
Buku Panduan CIO disediakan khas untuk CIO Sektor Awam dan ianya menjelaskan peranan dan tanggungjawab, tadbir urus CIO serta informasi ringkas mengenai dasar-dasar ICT Kerajaan, pengurusan maklumat dan perundingan berkaitan ICT Sektor Awam. Buku panduan ini juga menyediakan penilaian kendiri seorang CIO sebagai asas untuk perancangan pembangunan pemantapan program CIO Sektor Awam
Sempena Persidangan 1e-GOVERNMENT 2009, satu montaj CIO 2009 telah dipaparkan semasa majlis berkenaan bagi menjelaskan secara ringkas struktur tadbir urus CIO Sektor Awam yang baru
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berhubung dengan CIO sektor awam sila emel di alamat : gcio@mampu.gov.my
Maklumat Lanjut
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan ICT)
Nombor Telefon : 603-8872 6283
Nombor Faks: 603-83184412
Emel: sapiah@mampu.gov.my
Kemaskini : 7 Oktober 2011