INISIATIF eKL
I. LATARBELAKANG
1. Inisiatif eKL merupakan satu usaha Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan di kawasan Lembah Klang. Inisiatif ini telah dinyatakan dalam Kajian Semula Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) menerusi teras kelima iaitu Pengukuhan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan di bawah tajuk Perekayasaan Penyampaian Perkhidmatan.
2. Inisiatif eKL memperkenalkan konsep No Wrong Door dan Satu Kerajaan Pelbagai Agensi. No Wrong Door bertujuan untuk menampilkan identiti tunggal Kerajaan “Satu Kerajaan Pelbagai Agensi” kepada pelanggan supaya mereka dapat menikmati perkhidmatan daripada Kerajaan dengan mudah. Matlamat yang hendak dicapai adalah supaya agensi-agensi Kerajaan dilihat sebagai satu entiti yang bersepadu, selaras (well-coordinated), berpengetahuan (well-informed) dan mesra pelanggan di mana pelanggan boleh berurusan dengan agensi Kerajaan melalui pelbagai saluran perkhidmatan dan mendapat kepuasan dengan tindakan yang cekap daripada anggota Perkhidmatan Awam.
II. VISI
Penyampaian Perkhidmatan Menerusi “Integrated and Connected Klang Valley”
III. MISI
Memperkasakan penggunaan ICT dalam Sistem Penyampaian Agensi-agensi Kerajaan di Lembah Klang
IV. RASIONAL
1. Mempercepatkan pencapaian kecemerlangan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan di kawasan Lembah Klang
2. Mendesak (push) pelaksanaan Kerajaan elektronik di kawasan Lembah Klang menjadi lebih efisien, cepat, berkualiti, selamat dan mesra pelanggan serta mampu memberi impak tinggi kepada orang ramai
3. Memastikan pelaksanaan projek Kerajaan elektronik di kawasan Lembah Klang menjadi contoh terbaik menjelang 2010 yang kemudian boleh diperluaskan ke seluruh negara
4. Menyokong program Broadband Push 2010
OBJEKTIF INISIATIF eKL
1. Menyediakan perkhidmatan online yang efisien, cepat, berkualiti, selamat dan mesra pelanggan dengan memberi tumpuan kepada projek-projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang membawa impak tinggi kepada golongan sasar;
2. Mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan dengan memanfaatkan teknologi semasa seperti web, mobile technology, interactive voice response (IVR), wireless application protocol (WAP), telefon, faks dan sebagainya;
3. Memperkasa perkongsian sumber di kalangan agensi Kerajaan melalui integrasi sistem-sistem dan aplikasi ICT agensi secara horizontal untuk membolehkan agensi berkomunikasi antara satu sama lain dalam menyediakan perkhidmatan online secara end-to-end;
4. Mempercepat proses perekayasaan dalam sektor dan agensi-agensi yang dikenal pasti;
5. Memperkukuh infrastruktur teknologi dan telekomunikasi yang mantap, stabil dan selamat sebagai asas penyediaan perkhidmatan online yang dapat menampung keperluan pelanggan yang luas dan pelbagai; dan
6. Membudayakan dan menggalakkan penggunaan optimum melalui peningkatan keyakinan dan kesedaran golongan sasar dalam memanfaatkan perkhidmatan berasaskan elektronik
V. SKOP INISIATIF eKL

VI. RANGKA KERJA

VII. PROGRAM / PROJEK YANG TELAH DILAKSANAKAN DI BAWAH INISIATIF eKL
1. Peluasan dan penambahbaikan perkhidmatan online
2. Pembayaran elektronik (myBayar)
3. Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888)
4. Peningkatan portal rasmi Kerajaan (myGovernment)
5. Kajian Inovasi Perkhidmatan Kerajaan
6. Gerbang Serahan Elektronik (myGovXchange)
VIII. Peluasan dan Penambahbaikan Perkhidmatan Online
1. Tumpuan utama perkhidmatan online adalah untuk memperluaskan dan menambah baik perkhidmatan online yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di kawasan Lembah Klang merangkumi 4 bidang utama iaitu pembayaran elektronik, serahan elektronik, komunikasi elektronik dan maklumat online.
IX. Pembayaran elektronik (myBayar)
1. Bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran secara elektronik, projek myBayar dilancarkan pada Mac 2008. Ia menyasarkan semua agensi Kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan pembayaran secara elektronik seperti bayaran bil, cukai dan lesen. Di peringkat pertama, myBayar memperkenalkan pembayaran menerusi perbankan Internet bermula Mac 2008.
X. Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888)
1. Pada 1 Julai 2007, terdapat 158 perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) ditawarkan oleh 29 agensi menggunakan 14 penyedia perkhidmatan (service provider) yang merangkumi pelbagai nombor, format SMS dan kadar caj yang berbeza. Sebagai salah satu usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan menerusi SMS, Projek Gerbang SMS Kerajaan atau mySMS 15888 telah dimulakan pada 15 Mei 2008, bertujuan memudahkan orang ramai mengingati satu nombor SMS, iaitu 15888.
2. Projek mySMS 15888 meliputi pelbagai perkhidmatan seperti SMS Maklumat atas permintaan, SMS Dokumen atas permintaan, SMS Hebahan daripada agensi Kerajaan kepada orang ramai, SMS Aduan daripada orang ramai kepada agensi Kerajaan dan perkhidmatan SMS Komuniti.
3. Kelebihan mySMS
- Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan.
- Memanfaatkan kadar penembusan telefon mudah alih yang tinggi di Malaysia, 106.2% dengan 31 juta langganan.
- Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan kos yang minimum melalui satu nombor tunggal, 15888 untuk semua agensi kerajaan.
- Memudahkan, mempercepatkan dan menjimatkan kos pelaksanaan oleh agensi Kerajaan kerana mereka hanya perlu menyediakan perkhidmatan sahaja manakala infrastruktur dikongsi bersama melalui Gerbang SMS Kerajaan

XI. Peningkatan portal rasmi Kerajaan (myGovernment)
1. Portal rasmi Kerajaan (myGovernment) merupakan single window yang disambungkan kepada 1,113 perkhidmatan, 3,091 borang muat turun dan 722 buah agensi Kerajaan. Portal myGovernment juga telah dijenamakan sebagai www.malaysia.gov.my pada 27 April 2009 dan telah menerima peningkatan pengguna.

XII. Kajian Inovasi Perkhidmatan Kerajaan
1. Kajian Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan mekanisme penting dalam menjayakan transformasi penyampaian perkhidmatan yang telah dilaksanakan di bawah Inisiatif eKL. Diantara kajian yang dilaksanakan adalah seperti:
- Kajian Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kerajaan bagi Sektor Pengiklanan;
- Kajian Penambahbaikan Perkhidmatan Kerajaan Kepada Sektor Pendidikan Bagi Urusan Pengambilan Pelajar Luar Negara di Institut Pengajian Tinggi Awam;
- Kajian Penambahbaikan Sistem Penyampaian Aduan dan Komunikasi Kerajaan;
- Kajian Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kerajaan bagi Sektor Pekerjaan;
- Kajian Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kerajaan bagi Sektor ICT; dan
- Kajian Penambahbaikan Sistem Penyampaian bagi Pinjaman dan Geran Kerajaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana
XIII. Gerbang Serahan Elektronik (myGovXchange)
1. myGovXchange merupakan gerbang atau pusat setempat bagi rakyat dan komuniti perniagaan berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan. Terdapat dua kategori perkhidmatan iaitu bayaran online (myBayar) dan serahan borang online (myForms). Perkhidmatan ini boleh dicapai oleh pengguna berdaftar melalui Portal myGovernment, www.malaysia.gov.my.
2. Dengan perkhidmatan myBayar, segala urusan pembayaran dan semakan dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat. Pengguna hanya perlu mendaftar, pilih perkhidmatan bayaran yang dikehendaki dan klik ‘bayar’. Pengguna juga boleh menyemak transaksi yang telah dilakukan dan resit rasmi boleh dicetak jika diperlukan. Gerbang pembayaran yang dibangunkan ini membolehkan bayaran dibuat melalui debit terus dari tujuh bank tempatan dan juga melalui kad kredit bagi perkhidmatan terpilih. myBayar membolehkan pengguna membuat pelbagai bayaran di satu portal dalam satu transaksi mudah, tanpa perlu pergi ke pelbagai agensi/kaunter/laman web agensi. Sesuai dengan gaya hidup teknologi masa kini, myBayar membantu menyelesaikan segala urusan dengan agensi kerajaan tanpa mengira waktu serta mengikut keselesaan pengguna.
3. Perkhidmatan myForms menyediakan kemudahan serahan secara online kepada pelbagai agensi Kerajaan. Sebagai contoh, myForms menyediakan kemudahan permohonan pendaftaran majikan dan pekerja dengan LHDN, PERKESO dan KWSP. Beberapa borang permohonan boleh dihantar ke pelbagai agensi dalam satu transaksi mudah yang boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Bagi usahawan-usahawan yang berpotensi, myForms menghubungkan pengguna dengan pelbagai agensi pembiaya seperti SME Bank, MARA, MOSTI dan lain-lain agensi lagi bagi mengorak langkah yang lebih jauh dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.

4. Mengapa myGovXchange?

5. Keunikan myGovXchange

6. Modul dan Keperluan myGovXchange

7. Faedah myGovXchange

XIV. ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
1. Bagi pengukur prestasi Inisiatif eKL, piawaian penarafan dan pengiktirafan telah digunakan bagi tujuan menilai prestasi program penambahbaikan sistem penyampaian agensi-agensi di kawasan Lembah Klang. Dalam tahun 2008 dan 2010, projek-projek yang dilaksanakan telah mendapat pengiktirafan menerusi penganugerahan berikut:
- Portal myGovernment telah memenangi The 2008 World Information Technology and Services Alliance (WITSA) Global ICT Excellence Award semasa Kongres Teknologi Maklumat Dunia Ke-16 (16th World Congress on Information Technology) yang berlangsung pada 20 Mei 2008 di Kuala Lumpur. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi antarabangsa kepada Kerajaan dalam pelaksanaan ICT;
- Portal myGovernment juga mendapat pengiktirafan lima (5) bintang dalam penilaian portal dan laman web Kerajaan pada tahun 2009 oleh Multimedia Development Corporation;
- Projek Gerbang SMS Kerajaan mySMS 15888 telah memenangi MSC Malaysia Asia Pacific ICT Award (APICTA) 2009 bagi kategori Best of e-Government and Services pada 8 Oktober 2009. Ia merupakan pengiktirafan kepada organisasi yang cemerlang yang telah menyumbang kepada pembangunan Inisiatif MSC Malaysia atau membangunkan aplikasi dan perkhidmatan yang memberi faedah kepada Negara;
- Inisiatif eKL telah memenangi Asia Government Technology Award 2009 (Future Government) bagi kategori Technology Leadership pada 9 Oktober 2009. Ia merupakan pengiktirafan kepada usaha-usaha modenisasi perkhidmatan awam bagi best practices untuk negara-negara di rantau Asia;
- Projek Gerbang SMS Kerajaan telah menerima anugerah khas bagi kategori Public Service Empowerment Through Mobility Innovation dalam inOvation Malaysia 2009 Awards pada 21 Oktober 2009. Ia merupakan pengiktirafan kepada inovasi dan pencapaian dalam usaha membangunkan aplikasi dan kandungan mobile di sektor awam;
- Projek mySMS 15888 seterusnya menerima anugerah Asia Pacific ICT Alliance Awards 2009 bagi kategori e-Government pada 17 Disember 2009 semasa penganjuran Asia Pacific Digital Innovation Summit 2009 di Melbourne, Australia pada 14 hingga 17 Disember 2009. Penganugerahan Asia Pacific ICT Alliance Award 2009 merupakan anugerah bagi projek-projek ICT terbaik mengikut kategori yang ditetapkan;
- Projek Gerbang SMS Kerajaan juga melepasi sehingga tapisan kedua dalam United Nations Public Service Award 2009 bagi kategori Improving The Delivery of Services. Ia merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa yang berprestij terhadap kecemerlangan perkhidmatan awam;
- Projek myGovXchange "myGovXchange: Gateway to electronic submission and electronic payment, 1 Click Serves All" telah menerima anugerah MSC Malaysia APICTA 2010 Awards kategori Best of e-Government & Services di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2010;
- Projek "mySMS 15888: Malaysian Government SMS Gateway" telah menerima anugerah eIndia 2010 Citizen Awards bagi kategori eGov , mGovernance Initiative of the Year pada 5 Ogos 2010 di Hydrabad, India; dan
- Portal myGovernment telah mendapat Anugerah Prestasi Cemerlang Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) Tahun 2010 serta Anugerah Prestasi Cemerlang Berterusan MGPWA Tahun 2005 – 2010 pada 11 November 2011 di Hotel One World, Damasara.
Kemaskini : 5 Julai 2011