Login ke Intranet

Nota :

Intranet MAMPU menggunakan mekanisme Single Sign On (SSO) di mana ia membenarkan Warga MAMPU untuk memasuki satu id dan kata laluan bagi capaian pelbagai aplikasi berkaitan.



INTRANET MAMPU

Intranet MAMPU merupakan satu gerbang penyampaian berpusat dalaman khas untuk warga MAMPU. Terdapat beberapa aplikasi dalaman yang boleh dicapai apabila warga MAMPU login ke Intranet MAMPU, antaranya:

 

 

1)   K-MAMPU : K-MAMPU merupakan repositori maklumat yang komprehensif. Ia membolehkan warga MAMPU mencari maklumat dalaman organisasi melalui pencarian kata kunci atau dengan melayari taksonomi korporat MAMPU.

      

2)   Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPAKew) : Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPAKew) dalaman adalah untuk mengesan prestasi perbelanjaan/ peruntukan mengikut bahagian. Ianya merupakan kaedah sistematik dan efisien menghasilkan laporan kewangan online (Real time) dan membolehkan pemantauan prestasi kewangan dikongsi bersama bahagian-bahagian lain.

       

3)  Sistem e-Survey : Pelaksanaan Sistem eSurvey adalah bertujuan bagi mengatasi masalah pelaksanaan dan analisis borang kajian secara manual yang merangkumi pelbagai jenis kajian. Sistem ini mudah diubahsuai, mesra pengguna, bersifat online dan real time. Ianya juga konsisten dan stabil untuk digunakan.

      

4)  Sistem 1Daftar :  Sistem 1Daftar menyediakan kemudahan pengurusan maklumat kehadiran program secara online dan sistematik merangkumi modul pra-pendaftaran peserta program, pengesahan kehadiran sebenar program, penjanaan statistik dan analisis asa pra-pendaftaran serta kehadiran secara real-time.

      

5)   Sistem e-Office :  Sistem eOffice dibangunkan dengan fasa pertama yang merangkumi modul kontrak bagi memudahkan serta meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pemantauan kontrak-kontrak MAMPU. Penggunaan sistem eOffice dilihat dapat menjimatkan masa pengurusan dan pemantauan.

      

6)   Sistem iKON : Sistem iKON MAMPU bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan ikon contoh MAMPU berdasarkan kepada ciri-ciri disiplin, kebolehan, setia, dedikasi dan kecemerlangan serta merangkumi aspek tugas, tanggungjawab dan integriti tinggi. Hasilnya dapat menggalakkan pembudayaan integriti dan penghayatan nilai-nilai murni berasaskan ciri-ciri ikon contoh.

     

7)  Sistem Maklumat Pengurusan Kehadiran Warga (iTime) : 

Sistem iTime berfungsi bagi mengurus kehadiran warga. Penawanan maklumat kehadiran warga diperolehi melalui tiga kaedah utama iaitu Kad iTime, Cap Jari dan Kad Pengenalan. Melalui sistem ini, warga MAMPU juga boleh menguruskan kehadiran masing-masing, membuat catatan, membuat perancangan jadual dan sebagainya. Sistem ini juga mengambilkira Waktu Kerja Berperingkat Jabatan. Sistem ini dibangunkan selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 : Sistem Penggunaan Kad Perakan Waktu (Punch Card) di Pejabat-pejabat Kerajaan dan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 : Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan.