JAWATANKUASA  IT  DAN INTERNET KERAJAAN (JITIK)


1.       LATAR BELAKANG

Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) yang ditubuhkan pada 6 Februari 1998 bertanggungjawab menentukan arah tuju, dasar dan strategi pembangunan ICT serta memantau semua program ICT Sektor Awam. Terma Rujukan JITIK adalah : Menetapkan visi dan arah tuju bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT di Sektor Awam; Menimbang bidang strategik dan keutamaan serta memperakukan pelan tindakan dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT di Sektor Awam; Bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan mengenai dasar ICT bagi Sektor Awam berasaskan perkembangan ICT semasa dan pembangunan negara; Menentukan dasar dan strategi pembangunan dan pelaksanaan ICT di Sektor Awam; dan Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan ICT di Sektor Awam.
 

2.       STRUKTUR TADBIR URUS JITIK

Struktur tadbir urus JITIK adalah seperti gambar rajah di bawah:



Struktur tadbir urus JITIK merangkumi empat (4) jawatankuasa kecil dan terma rujukan bagi setiap jawatankuasa kecil tersebut adalah seperti di bawah:
 
(a)      Jawatankuasa Kerja JITIK (JKJ)

Merangka dan mengesyorkan strategi bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT Sektor Awam kepada JITIK; Merangka dan mengesyorkan perancangan bagi pembangunan dan pelaksanaan ICT di Sektor Awam selaras dengan arah tuju, dasar dan strategi yang diputuskan oleh JITIK; dan Merangka dan mengesyorkan pembaharuan dalam bidang-bidang ICT serta garis panduan dan standard bagi pelaksanaan ICT Sektor Awam.
 

(b)      Jawatankuasa Penyelarasan Kerajaan Elektronik (EGCOM)

Memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik Sektor Awam; Melaporkan status kemajuan pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik Sektor Awam kepada Mesyuarat JITIK, Panel Memajukan Perkhidmatan Awam (PANEL), Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan, Flagship Coordination Committee (FCC) dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan; dan Menyelaras pelaksanaan dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik Sektor Awam.


(c)      Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT)

Menimbang dan mengesahkan Pelan Strategik ICT (ISP) agensi-agensi Sektor Awam; Menimbang dan memberi kelulusan teknikal projek ICT bagi agensi-agensi Sektor Awam; Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan ICT di agensi-agensi Sektor Awam; Mengenal pasti masalah-masalah dan isu-isu semasa dalam melaksanakan ICT di agensi-agensi Sektor Awam serta memperakukan cadangan untuk mengatasinya; Memantau kemajuan pelaksanaan projek-projek ICT agensi yang diluluskan; dan Menyediakan laporan kepada JITIK mengikut keperluan.

 
(d)      Jawatankuasa Latihan ICT (JLICT)

Mengenal pasti dan mengesyor bidang kompetensi ICT teras bagi personel Sektor Awam; Mengesyor dasar pembangunan kompetensi ICT bagi personel Sektor Awam; Merangka dan mengesyor strategi pelaksanaan program pembangunan kompetensi ICT dan pembangunan ICT Sektor Awam; Menyelaras perancangan dan pelaksanaan program latihan ICT yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Sektor Awam; dan Memantau dan menilai pelaksanaan program latihan ICT Sektor Awam.
 

3.      MESYUARAT JAWATANKUASA IT DAN INTERNET KERAJAAN (JITIK)

I.        PERANCANGAN MESYUARAT JITIK BAGI TAHUN 2012

(a)      Mesyuarat JITIK – 3 kali

i.    Bil 1 – 15 Mac 2012 jam 9.00 pagi
ii.   Bil 2 – 3 Julai 2012 jam 3.00 petang
iii.  Bil 3 – 22 November 2012  jam 3.00 petang

 

(b)      Mesyuarat Pra-JITIK – 3 kali

i.    Bil 1 – 6 Mac 2012 jam 2.30 petang
ii.   Bil 2 – 3 Julai 2012 jam 2.30 petang
iii.  Bil 3 – 25 Jun 2012  jam 2.30 petang


(c)      Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Keputusan JITIK  - 5 kali

i.    Bil 1 – 28 Februari 2012 jam 2.30 petang
ii.    Bil 2 – 8 Mei 2012 jam 2.30 petang
iii.   Bil 3 – 19 Jun 2012 9.00 pagi
iv.   Bil 4 – 11 September 2012 jam 2.30 petang
v.    Bil 5 – 1 November 2012 jam 2.30 petang


II.       KEAHLIAN JITIK
 

 

Ahli Tetap

Bil.
Nama/Jawatan/Agensi
1
YBhg. Tan Sri Mohd. Sidek bin Hassan
Ketua Setiausaha Negara
2
YBhg. Dato' Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam

3
YBhg.Tan Sri Dr. Wan Abd Aziz bin Wan Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
4
YBhg.Dato' Dr. Hasan Bin Abdul Rahman
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
5
YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang
Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara
6
YBhg.Dato’ Ab Rahim bin Md Noor
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
7
YBhg. Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia
8
YBhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof
Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
9
YBhg. Dato’ Sri Kamaruddin bin Siaraf
Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
10
YBhg. Dato’ Madinah binti Mohamad
Ketua Setiausaha
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
11
YBhg. Dato’ Sri Mahmood bin Adam
Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri
12
YBhg. Dato’ Noriyah binti Ahmad
Ketua Pengarah
Unit Perancang Ekonomi
13
YBhg. Dato' Mohamad Zabidi Zainal
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
14
YBhg. Datuk Othman bin Hj Mahmood
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan
Jabatan Perdana Menteri
15
Puan Hajah Daresah binti Hj Ismail
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
16
YBhg. Datuk Loo Took Gee
Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
17
YBhg. Dato’ Haji Johari bin Haji Jamaluddin
Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
18
YBrs. Dr. Aminuddin bin Hassim
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
19
YBhg. Datuk Badlisham bin Ghazali
Ketua Pegawai Eksekutif
Multimedia Development Corporation (MDeC)

Setiausaha
Bil.
Nama/Jawatan/Agensi
1
YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah binti Mohd Zahri
Timbalan Ketua Pengarah (ICT)
MAMPU


Ahli Jemputan

Bil.
Nama/Jawatan/Agensi
1
YBhg.Dato’ Ahmad bin Haji Kabit
Ketua Setiausaha
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
2
YBhg. Dato’ Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur
Ketua Setiausaha
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
3
YBhg. Datuk Arpah binti Abdul Razak
Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
4
YBhg. Dato' Azemi bin Kasim
Ketua Pengarah Tanah Dan Galian
Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian
5
YBhg. Dato’ Haji Solah bin Mat Hassan 
Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan
6
YBhg. Datin Hajah Jariah Binti Mohd Said
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara
Jabatan Pendaftaran Negara
7
YBhg. Dato' Alias bin Ahmad
Ketua Pengarah Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia

 

III.        URUS SETIA JITIK TAHUN 2012



Bil.
Nama/Jawatan
1

Y.Brs Dr. Sapiah binti Sakri
Pengarah
Bahagian Dasar & Perancangan ICT

2

Puan Azlina binti Azman
Timbalan Pengarah
Bahagian Dasar & Perancangan ICT

3

Encik Mohd Asri bin Mohamad Stambul
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Dasar & Perancangan ICT

4

Puan Siti Salbiyah binti Abdul Geni
Penolong Pengarah
Bahagian Dasar & Perancangan ICT

5

Cik Fadzilah binti Ahmad
Penolong Pengarah
Bahagian Dasar & Perancangan ICT

I
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Urus Setia JITIK
            Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bangunan MKN - Embassy Techzone
Blok B No. 3200
            Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang

U.P. :  

Puan Azlina Azman
Timbalan Pengarah
Seksyen Penyelarasan dan Penyebaran Dasar

Bahagian Dasar & Peracangan ICT

No. Tel: 03-8872 6262
E-mail : azlinaazman@mampu.gov.my


Encik Mohd Asri bin Mohamad Stambul
Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Penyelarasan dan Penyebaran Dasar

Bahagian Dasar & Perancangan ICT
No. Tel: 03-8872 3112
E-mail : asri@mampu.gov.my 


Puan Siti Salbiyah
Penolong Pengarah, Seksyen Penyelarasan dan Penyebaran Dasar

Bahagian Dasar & Perancangan ICT
No. Tel: 03-8872 5169
E-mail : salbiyah@mampu.gov.my 


Cik Fadzilah Ahmad
Penolong Pengarah, Seksyen Penyelarasan dan Penyebaran Dasar

Bahagian Dasar & Perancangan ICT
No. Tel: 03-8872 5191
E-mail : afadzilah@mampu.gov.my

 

Kemaskini : 16 Januari 2012