Pengenalan
Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan petabyte data. Perkembangan fenomena Data Raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baharu dan membuka ruang agensi Kerajaan dan Swasta bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat. Sehubungan itu, Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia (ICM) Bilangan 25 pada 14 November 2013 telah mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kolaborasi MAMPU dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerajui pelaksanaan Big Data Analytic (BDA) Malaysia. Mesyuarat turut bersetuju bahawa KKMM dengan kerjasama MAMPU dan MDEC membangunkan Kerangka Kerja Data Raya Malaysia, MAMPU menerajui inisiatif BDA Sektor Awam dan MDEC menerajui inisiatif BDA Sektor Swasta.
Objektif
- Memanfaatkan analisis data untuk perancangan dan pembuatan keputusan yang lebih berkesan (informed decision) ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
- Memaksimumkan penggunaan dan perkongsian data ke arah membudayakan inovasi berpacukan data (data driven).
- Meningkatkan keupayaan penjawat awam dalam bidang Sains Data melalui coaching dan latihan.
Faedah
- Meningkatkan dan menambahbaik landskap persekitaran ICT Sektor Awam dengan memanfaatkan aset data sedia ada agensi serta mengintegrasikan sumber data baharu.
- Membantu Kerajaan menggubal polisi, membuat pelan strategik dan keputusan dengan lebih tepat dan berkesan berdasarkan fakta dan penghasilan analisis maklumat.
- Mengurangkan persekitaran silo melalui kolaboratif antara agensi yang lebih kukuh dalam perkongsian data/maklumat dan keputusan.
- Meramal permintaan atau keperluan akan datang bagi membantu Kerajaan bertindak dengan lebih pantas dalam membuat keputusan yang tepat dan berkesan.
- Melonjak inovasi perkhidmatan kerajaan dan penghasilan produk data.
Projek
Selari dengan perkembangan teknologi Data Raya dan hasrat Kerajaan bagi memacu perkhidmatan ICT, MAMPU telah melaksanakan beberapa Projek Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA) yang antaranya adalah:
Objektif
1. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan berpacukan analitis data.
2. Mengoptimumkan penggunaan dan perkongsian data bagi membudayakan inovasi penciptaan produk data yang berpaksikan rakyat (citizen centric).
3. Membangunkan kompetensi penjawat awam dalam bidang sains data.
Faedah
1. Meningkatkan dan menambahbaik landskap persekitaran ICT Sektor Awam dengan memanfaatkan aset data sedia ada agensi serta mengintegrasikan sumber data baharu.
2. Membantu Kerajaan menggubal polisi, membuat pelan strategik dan keputusan dengan lebih tepat dan berkesan berdasarkan fakta dan penghasilan analisis maklumat.
3. Mengurangkan persekitaran silo melalui kolaboratif antara agensi yang lebih kukuh dalam perkongsian data/maklumat dan keputusan.
4. Meramal permintaan atau keperluan akan datang bagi membantu Kerajaan bertindak dengan lebih pantas dalam membuat keputusan yang tepat dan berkesan.
5. Melonjak inovasi perkhidmatan kerajaan dan penghasilan produk data.
Projek
Selari dengan perkembangan teknologi Data Raya dan hasrat Kerajaan bagi memacu perkhidmatan ICT, MAMPU telah melaksanakan beberapa Projek Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA) yang antaranya adalah:
1. PROOF OF CONCEPTS (POC) TAHUN 2015
2. PROJEK RINTIS DRSA TAHUN 2016

3. PROJEK PELUASAN DRSA TAHUN 2017

4. PROJEK GOVERNMENT DATA OPTIMISATION TRANSFORMATION
SERVICES (GDOTS) TAHUN 2018

Pelaksanaan Projek DRSA menggunakan dua (2) pendekatan utama iaitu:
i) Coaching
Membimbing agensi dalam bidang sains data, mengenalpasti kes bisnes dan membangunkan produk data.
ii) Third Party
Syarikat mengenalpasti kes bisnes agensi dan membangunkan produk data.
Perkhidmatan
Inisiatif DRSA memberi manfaat kepada Sektor Awam dengan menyediakan beberapa perkhidmatan seperti berikut:
1. Platform menyediakan Big Data Analytics (BDA) Solution untuk kementerian/agensi yang ingin melaksanakan analitis data.

2. Rangka Kerja DRSA menjelaskan hala tuju dan perancangan strategik pelaksanaan analitis data raya di kalangan agensi Sektor Awam.

3. Metodologi menerangkan proses/aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam pembangunan analitis data iaitu Memahami Bisnes, Definisi Keperluan, Perolehan dan Eksplorasi Data, Pembangunan Model Analisis, Pembangunan Produk Data, Transisi kepada Produksi dan Pemantauan.

4. Garis Panduan Pelaksanaan DRSA (aDRSA) memberi panduan kepada agensi Sektor Awam untuk melaksanakan analitis data raya mengikut best practice iaitu berpandukan Rangka Kerja DRSA, Motodologi dan Tadbir Urus bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

5. Tadbir Urus DRSA memastikan hala tuju pelaksanaan DRSA memberi impak kepada transformasi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan disamping penjimatan kos kerajaan hasil dari perkongsian data dan infrastruktur.

6. Khidmat Perundingan membantu/memberi nasihat kepada agensi dalam pembangunan analitis data merangkumi maklumat perkakasan, perisian dan kaedah pelaksanaan.

7. Pembangunan kompetensi membina kemahiran dan kepakaran dalam bidang berkaitan analitis Data Raya seperti data scientiest, data miner, data modeler dan sebagainya.

Pelaksanaan Projek DRSA merupakan titik permulaan bagi memacu pelaksanaan DRSA di agensi Kerajaan. Pelaksanaan DRSA dijangka akan meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan bakat tempatan dan sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Ketua Pengarah,
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri,
Bahagian Kerajaan Digital,
Aras 6, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Blok B,
No 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor.
(u.p: Pengarah, Bahagian Kerajaan Digital)
Pegawai untuk dihubungi :
M Poobalan A/L M Masilamani
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kerajaan Digital
MAMPU
Telefon: 03-8872 5079
E-mel: poobalan[at]mampu[dot]gov[my]
Dr. Noorazah Binti Md Noor
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kerajaan Digital
MAMPU
Telefon: 03-88723043
E-mel : noorazah[at]mampu[dot]gov[dot]my