Tarikh : 24 April 2019
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Bilik Serbaguna 1, Aras 3, Blok B1,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Kerjasama Industri : Quandatics Academy Sdn. Bhd
Kerjasama Agensi :
Perserta : 30 orang peserta yang terdiri dari 14 Agensi
URL berkaitan : Tidak berkaitan
Latar belakang
Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan petabyte data. Perkembangan fenomena Data Raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baharu dan membuka ruang agensi Kerajaan dan Swasta bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
Sehubungan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Ogos 2014 telah bersetuju supaya agensi sektor awam melaksanakan inisiatif Analitis Data Raya Sektor Awam (DRSA) bagi meningkatkan outcome dan mengurangkan kos Kerajaan. Pelaksanaan DRSA di setiap agensi juga perlu untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan bakat tempatan dan sekaligus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara.
MAMPU sebagai agensi peneraju bagi pelaksanaan inisiatif Analitis Data Raya Sektor Awam memainkan peranan bagi memastikan pelaksanaan DRSA di agensi dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
Objektif
Objektif program ini ialah:
(a) Menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan mengenai hala tuju, tren global dan pelaksanaan inisiatif Big Data di dalam dunia teknologi ICT masa kini;
(b) Memberi kesedaran dan galakan berkaitan dengan kepentingan pembangunan perkhidmatan yang berteraskan Big Data dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan; dan
(c) Mendapatkan komitmen agensi untuk melaksanakan Big Data Analytics
Impak
Impak program ini adalah:
(a) menyediakan platform dan pendedahan tentang tools atau teknologi yang digunakan dalam pelaksanaan Big Data Analytics;
(b) mengenal pasti pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan dalam pembangunan inisiatif big data; dan
(c) meningkatkan kesedaran agensi tentang kepentingan pembangunan perkhidmatan yang berteraskan Big Data dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat.