Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Public Sector CIO Convex 2018

Tarikh : 13 hingga 14 November 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Tabung Haji, KLIA
Kerjasama Industri : OpenGov Asia dan GiTN Sdn. Bhd
Kerjasama Agensi : Majlis Perbandaran Sepang
Perserta : 850 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Maklumat, Pengurus Teknologi Maklumat, Komuniti Sumber Terbuka, Pegawai Kerajaan dan sebilangan Industri ICT yang terlibat dalam pelaksanaan penyampaian perkhidmatan awam.
URL berkaitan : http://cioconvex.mampu.gov.my/

Latar belakang

Inovasi dan transformasi telah menjadi agenda penting dalam meningkatkan perkhidmatan sektor awam. Teknologi inovasi yang pantas dapat meningkatkan paradigma. Transformasi membolehkan perubahan dalam strategi, model operasi, organisasi, orang dan juga proses. Pendigitalan telah membuka peluang baharu dalam merekabentuk model perkhidmatan berasaskan nilai, berpacukan data, model perkhidmatan berpaksikan rakyat dan juga mengubah cara penyampaian. Sektor Awam Malaysia telah dipergiatkan semula di bawah Malaysia Baharu dengan meningkatkan mutu penyampaian dalam pelbagai saluran bagi memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakyatnya.

Persidangan Public Sector CIO Convex (PSCC) merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia sebagai platform kepada CIO Agensi, Pegawai Kanan, rakan strategik dari industri dan pakar-pakar tempatan dan antarabangsa bersama-sama berkumpul untuk meneroka dan membincangkan teknologi dan inisiatif terkini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik. PSCC telah bermula pada tahun 2016 dan telah berkembang hasil sokongan dan penyertaan daripada pihak agensi Kerajaan dan rakan industri.

PSCC 2018 telah diadakan dari 13 hingga 14 November 2018 di Pusat Konvensyen Tabung Haji, KLIA. Persidangan ini telah dihadiri oleh 850 perwakilan bagi menambah pengetahuan mengenai teknologi terkini dan pendekatan dalam menyelaraskan strategi perkhidmatan dengan menggunakan teknologi untuk merealisasikan matlamat organisasi.

Objektif

Objektif program ini ialah:

(a) mengarusperdanakan Kerajaan Digital dalam penawaran perkhidmatan Kerajaan;
(b) menghargai komitmen dan kecemerlangan agensi Kerajaan dalam melaksanakan inisiatif ICT;
(c) melancarkan inisiatif ICT Sektor Awam ke arah mengutamakan digital berpaksikan rakyat;
(d) meningkatkan tahap keyakinan dalam pembangunan dan pelaksanaan sistem berasaskan sumber terbuka;
(e) menyediakan peluang dan platform kolaboratif antara agensi Kerajaan, akademia serta sektor swasta dan komuniti Sumber Terbuka di peringkat tempatan dan antarabangsa; dan
(f) menyediakan platform untuk berkongsi idea dan ilmu pengetahuan mengenai senario dan trend teknologi terkini.

Impak

Impak program ini adalah :

(a) mempertingkat pengetahuan dan pendedahan dalam trend dan teknologi ICT terkini
(b) meransang pembangunan inovasi dengan mengambilkira pemanfaatan teknologi terkini
(c) meningkatkan kecekapan personal IT dalam merancang dan mengurus pembangunan pendigitalan Sektor Awam
(d) memperluaskan jaringan kolaboratif strategik di antara Kerajaan dan Industri

 

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     206
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 778
Jumlah pelawat: 1136548
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi