Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Jawatankuasa Penyelarasan Pemodenan Pentadbiran Awam (JPPPA)

Latar Belakang

  1. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemodenan Pentadbiran Awam (JPPPA) merupakan mesyuarat berjadual antara MAMPU dengan Kementerian-kementerian,agensi terpilih dan Pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membincangkan usaha-usaha pemodenan jentera pentadbiran awam serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  2. Mesyuarat JPPPA ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MAMPU serta dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Pengarah Agensi-agensi dan Pengarah-pengarah Bahagian di MAMPU.
  3. Mesyuarat JPPPA diadakan sebanyak dua (2) kali setahun dan penganjuran di buat bersama pentadbiran Setiausaha Kerajaan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi Kerajaan Persekutuan dengan agensi di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.

OBJEKTIF JPPPA

Mesyuarat JPPPA diadakan adalah bertujuan untuk:

(a)  Meningkatkan kesedaran dan kefahaman agensi terpilih di bawah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai program pentadbiran dan aktiviti
pemodenan pentadbiran sektor awam;

(b)  meningkatkan tahap penyelarasan dalam pelaksanaan program dan aktiviti pemodenan pantadbiran sektor awam antara agensi peringkat Kerajaan Persekutuan dan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri

(c)   membincangkan keberkesanan usaha-usaha pembaharuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

(d)  membincangkan strategi perkongsian pintar dalam melaksanakan program pentadbiran dan aktiviti pemodenan pentadbiran awam; dan

(e)  membolehkan ahli-ahli mesyuarat melihat dengan lebih dekat pelaksanaan usaha-usaha transformasi dan pemodenan di peringkat agensi pelaksana di negeri-negeri.

KEANGGOTAAN JPPPA

 4.   Keanggotaan bagi Mesyuarat JPPPA adalah Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah Agensi dan
Pegawai Kanan MAMPU.

Maklumat Perhubungan:

Pengarah
Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 5, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-88723199
Emel : 
jpppa@mampu.gov.my

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     6023
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1609
Jumlah pelawat tahun semasa: 803331
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi