Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan (MyDIGITAL)

Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan (MyDIGITAL) telah ditubuhkan selaras dengan pelancaran MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) pada 19 Februari 2021. Jawatankuasa ini berperanan mengurus dan memantau dasar, program dan projek dalam memacu transformasi digital sektor awam.

Jawatankuasa ini dianggotai daripada semua kementerian dan jabatan berkaitan seperti berikut :

Pengerusi : Ketua Setiausaha Negara
Pengerusi Ganti : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 

Ahli-ahli :

a) Semua 27 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM);
b) Jabatan Peguam Negara (AGC)
c) Jabatan Audit Negara (AUDIT)
d) Unit Perancang Ekonomi (EPU)
e) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) 
f) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
g) Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
h) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
i) Agensi Keselamatan Negara (NACSA)

Urus setia : MAMPU

Jawatankuasa ini turut melaksanakan peranan Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) dengan penambahbaikan kepada keahlian, fungsi dan terma rujukan. Terma rujukan MyDIGITAL adalah seperti yang berikut:

  1. Menetapkan visi, dasar, strategi dan hala tuju pemodenan dan pendigitalan sektor awam.
  2. Mengurus dan mengkaji semula dasar, program dan projek mengikut keutamaan dan keutamaan semula termasuk keperluan sumber (manusia, peruntukan dan teknologi) sektor awam.
  3. Mengkaji semula peraturan berkaitan proses, prosedur dan kerangka perundangan bagi menambah baik inisiatif pemodenan dan pendigitalan.
  4. Menggerakkan dan memantau kemajuan pelaksanaan strategi serta inisiatif pemodenan dan pendigitalan sektor awam mengikut perancangan dan sasaran yang ditetapkan.
  5. Meningkatkan kompetensi digital secara berterusan seiring dengan hala tuju pemodenan dan pendigitalan sektor awam.
  6. Memberi khidmat nasihat pakar dan teknikal kepada Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN).
  7. Mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan pelaksanaan Dasar 4IR Negara dan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia serta merangka cadangan dasar yang bersesuaian bagi memastikan dasar yang bersesuaian dengan Sektor Awam.
  8. Membantu untuk memantau dan mengurus halangan terhadap perubahan pendigitalan sektor awam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT)

No. Telefon: 603 – 8000 8000
No. Faksimili : 03 – 8888 3163
E-mel: urussetiamydigital@mampu.gov.my

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     2266
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1224
Jumlah pelawat tahun semasa: 609515
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi