Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA)

Jawatankuasa Pemodenan dan Pendigitalan Sektor Awam (JPPSA) diwujudkan bagi membolehkan satu mekanisme tadbir urus pelaksanaan dan pemantauan inisiatif pemodenan dan pendigitalan di peringkat Sektor Awam. JPPSA melibatkan penambahbaikan kepada tadbir urus semasa dengan menggantikan Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) dan Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) serta mengukuhkan mekanisme pemantauan projek-projek ICT sektor awam melalui pelaporan Jawatankuasa Pemantauan Projek ICT Sektor Awam (JPPI) terus kepada JPPSA.

Mesyuarat JPPSA Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah diadakan pada 16 Ogos 2019.

Terma rujukan JPPSA adalah seperti yang berikut:

    1. Menetapkan visi, dasar, strategi dan hala tuju bagi pembangunan dan pelaksanaan pendigitalan dan inovasi digital sektor awam;
    2. Mengkaji semula peraturan yang berkaitan dengan proses, prosedur dan kerangka perundangan bagi menambah baik inisiatif pemodenan dan pendigitalan serta kepantasan dalam membuat keputusan;
    3. Menggerakkan inisiatif pemodenan dan pendigitalan baharu yang berinovasi dan kreatif merentasi agensi Sektor Awam selaras dengan perkembangan teknologi;
    4. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi bagi memastikan pelaksanaan program/projek pemodenan dan pendigitalan mengikut perancangan dan sasaran yang ditetapkan;
    5. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program/projek pemodenan dan pendigitalan di Sektor Awam merangkumi inisiatif Kerajaan berpacukan data, perkhidmatan dalam talian, transaksi tanpa tunai, e-dagang dan teknologi IR4.0; dan
    6. Meningkatkan kompetensi digital secara berterusan seiring dengan hala tuju pemodenan dan pendigitalan sektor awam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT)

No. Telefon: 603 – 8000 8000
No. Faksimili : 03 – 8888 3721
E-mel: urussetiajppsa@mampu.gov.my

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     6653
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1431
Jumlah pelawat tahun semasa: 803153
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi