Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) ditubuhkan bagi menimbangkan dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada agensi sektor awam berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT agensi masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan.
JTISA menilai permohonan projek ICT agensi Sektor Awam dari aspek daya maju teknikal (technical viability), pengoptimuman sumber dan keberkesanan kos bagi menyokong keperluan perkhidmatan teras sesebuah agensi. Ini bertujuan untuk memastikan projek ICT yang dilaksanakan mempunyai nilai tambah serta dapat memberi pulangan nilai untuk wang (value for money), impak dan keberkesanan yang tinggi kepada rakyat sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
TUJUAN
Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT agensi-agensi sektor awam dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.
JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JTISA TAHUN 2023
BIL. | PERKARA | CADANGAN TARIKH MESYUARAT |
1. | Mesyuarat JTISA Bil. 1/2023 | 26 Januari 2023 (telah selesai) |
2. | Mesyuarat JTISA Bil. 2/2023 | 17 Februari 2023 (telah selesai) |
3. | Mesyuarat JTISA Bil. 3/2023 | 6 April 2023 (telah selesai) |
4. | Mesyuarat JTISA Bil. 4/2022 | 15 Mei 2023 (telah selesai) |
5. | Mesyuarat JTISA Bil. 5/2023 | 14 Jun 2023 (telah selesai) |
6. | Mesyuarat JTISA Bil. 6/2023 | 18 Julai 2023 (telah selesai) |
7. | Mesyuarat JTISA Bil. 7/2023 | 22 Ogos 2023 (telah selesai) |
8. | Mesyuarat JTISA Bil. 8/2023 | 14 September 2023 |
9. | Mesyuarat JTISA Bil. 9/2023 | 19 Oktober 2023 |
10. | Mesyuarat JTISA Bil. 10/2023 | 16 November 2023 |
FAQ Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek ICT Agensi Sektor Awam
FAQ Perkhidmatan Pengkomputeran Awan
Format
– Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT
>>Templat Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT >> Format Permohonan Kebenaran Untuk Melaksanakan Perolehan Perkhidmatan Perunding Secara Outsourcing
– Format Business Case Scoring Module (BCSM)
>> Templat BCSM
– File Rujukan EA
>> Archimate 3.0 Reference Cards
– Jadual Kajian Pasaran
>> Template Jadual Kajian Pasaran
Permohonan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
Setelah mendapat kelulusan daripada JPICT agensi, semua permohonan berkaitan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan perlu dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTISA tanpa mengira had nilai. Pihak agensi perlu mengemukakan maklumat permohonan tersebut melalui emel kepada Urus setia JTISA dan pihak Cloud Management Office di alamat emel seperti berikut:
urussetiajtisa@mampu.gov.my
mygovcloud@mampu.gov.my
>> Format Templat Permohonan Perkhidmatan Awan boleh dimuat turun di https://mygovcloudcfa.mampu.gov.my/home/direktori [Muat Turun>>Permohonan]
Pelaksanaan
Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) di alamat https://profit.mampu.gov.my
Rujukan
MAKLUMAT LANJUT
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik & Arkitektur ICT)
Nombor Telefon : 603-8872 6283
Nombor Faks: 603-83184