Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN
PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

Keanggotaan MBJ MAMPU adalah terdiri daripada 37 orang ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha seperti berikut:

(i)  20 orang ahli dilantik oleh Ketua Pengarah MAMPU (Pihak Pegawai); dan

(ii)  17 orang ahli dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di MAMPU (Pihak Pekerja).

MBJ MAMPU ditubuhkan dengan tujuan berikut:

(i) memperoleh kerjasama yang luas dan menyeluruh antara pekerja dan pegawai yang bergaji di MAMPU tentang perkara-perkara yang berkaitan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan;

(ii) mengadakan jentera bagi menguruskan syarat-syarat bekerja; dan

(iii) mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja melalui wakil rasmi pekerja di MAMPU.

Mesyuarat MBJ MAMPU diadakan secara berkala setiap tiga (3) bulan sekali, iaitu empat (4) kali setahun seperti berikut:

BILANGAN MESYUARATTEMPOH PELAKSANAAN
Bilangan 1Januari – Mac
Bilangan 2April – Jun
Bilangan 3Julai – September
Bilangan 4Oktober – Disember

Mesyuarat Khas MBJ MAMPU boleh diadakan apabila dikehendaki atas permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai MBJ MAMPU. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat khas tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat berkenaan.

Minit mesyuarat berkala MBJ MAMPU hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja. Segala keputusan MBJ MAMPU hendaklah dicapai secara persetujuan bersama antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja.

MAMPU boleh menyelenggara atau melaksanakan keputusan yang dipersetujui sekiranya hal berkaitan tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan tiada hubung kait dengan agensi-agensi lain. Keputusan yang berkaitan dengan dasar kerajaan ataupun agensi-agensi lain hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau agensi-agensi yang berkenaan.

MAKLUMAT LANJUT

Unit Prestasi
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Nombor Telefon: 603-8872 3095/ 3067/ 3133

TAKWIM MESYUARAT MBJ 2020

 BIL. MESYUARATTARIKHTEMPATMASA
Bilangan 1 Tahun 202027 Februari 2020Bilik Mesyuarat Seri Gemilang Aras 6, Setia Perdana 2, MAMPU Putrajaya 9.00 pagi
Bilangan 2 Tahun 202013 Ogos 20209.00 pagi
Bilangan 3 Tahun 202019 November 20209.00 pagi

Sebarang perubahan tarikh mesyuarat tertakluk kepada arahan Pengerusi MBJ MAMPU.

Penetapan kaedah pelaksanaan mesyuarat MBJ MAMPU dalam tempoh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berdasarkan surat edaran JPA bil. JPA.112/3/3-Klt.20(38) bertarikh 20 April 2020 mengenai Pelaksanaan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dan Penularan Wabak COVID-19.

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     851
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL

APLIKASI MOBIL

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 440
Jumlah pelawat: 106745
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU