Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) yang dahulunya dikenali sebagai PelanStrategik ICT (PSICT) merupakan pelan atau blueprint yang mengandungi hala tuju strategik pendigitalan bagi agensi sektor awam bagi tempoh antara tiga hingga lima tahun. PSP turut menggariskan strategi dan program sebagai panduan agensi dalam perancangan serta pelaksanaan inisiatif pendigitalan agensi yang selari dengan agenda pendigitalan negara. PSP perlu selari dengan Pelan Strategik Organisasi (PSO) mengambil kira keperluan perkhidmatan jabatan dan perkembangan teknologi digital terkini. PSP juga perlu dipantau dan dikaji semula secara berkala melalui kajian separuh penggal (KSP) bagi memastikan hala tuju strategik ICT dan pendigitalan kekal relevan dengan persekitaran organisasi agensi.
BUKU RUJUKAN AGENSI:
Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025
Maklumat Lanjut:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan ICT)
No. Telefon: 603 – 8000 8000
No. Faksimili : 03- 8888 3721