Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Penarafan Bintang Sektor Awam

Tujuan

Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2015.

Latar Belakang

Disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan pada 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) supaya Star Rating dilaksanakan

Pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Berdasarkan input-input Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada 22 Januari 2008 serta pemerhatian Pasukan Inspektorat Star Rating MAMPU semasa melaksanakan penilaian Star Rating, MAMPU telah mengambil langkah untuk memantapkan kriteria penilaian Star Rating kementerian untuk tahun 2008.

Objektif

    1. Menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders;
    2. Memperkasakan elemen Transformasi dan Inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi; dan
    3. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang.

Model Indeks SSR

Model Indeks SSR merangkumi aspek-aspek penilaian yang dibahagi kepada dua (2) komponen iaitu:

i. Perkhidmatan Sokongan; dan

ii. Perkhidmatan Teras.

Setiap komponen memberi penekanan kepada empat (4) bidang fokus iaitu Transformasi, Inovasi, Kualiti dan Pematuhan. Setiap bidang fokus pula memberi tumpuan kepada aspek Outcome-Based, Customer-Centric, dan Stakeholder’s Aspiration.

Agensi yang terlibat

Penilaian Indeks SSR akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan kategori agensi seperti yang berikut:

i. Kementerian;

ii. Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU);

iii. PejabatSetiausahaKerajaanNegeri/PejabatSetiausaha Kerajaan Persekutuan (PSUK/PSUP);

iv. Agensi Barisan Hadapan (ABH); dan

v. Agensi KPI Strategik (AKS).

KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG 2017

>> KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG (INDEKS SSR) 2017

>> KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG 2015-2016
>> KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG 2013

>> KEPUTUSAN PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2008 – 2012

Panduan Mengenai Penarafan Bintang Agensi Sektor Awam

>> Manual Pengguna Sistem myStar – Penyelaras (15 Mac 2013)
>> Manual Pengguna Sistem myStar – Penyelia (15 Mac 2013)
>> Panduan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating)
>> Brosur Indeks Penarafan Bintang (SSR) – Sila cetak di atas kertas bersaiz A3 (secara depan belakang) bagi paparan terbaik.

Laporan Indeks SSR 2015

>> Laporan Indeks SSR

MAKLUMAT LANJUT :

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok B2, Parcel B,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

(u.p.: Pengarah, Bahagian Perundingan Pengurusan 2)

No. Telefon : 03-8872 5011
No. Faks : 03-8888 3565
E-mel : lornie@mampu.gov.my

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     9054
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1459
Jumlah pelawat tahun semasa: 803181
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi