Pengenalan
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan halatuju, pengenalpastian isu-isu strategik serta penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan.
Perancangan strategik merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Pembentukan/penyemakan semula pernyataan visi dan misi;
- Penganalisisan trend persekitaran dalaman dan luaran;
- Penganalisisan kehendak pelanggan dan stakeholders;
- Pengenalpastian isu-isu strategik;
- Penentuan objektif strategik organisasi;
- Penggubalan KRA/KPI dan pelan tindakan; dan
- Penyediaan dokumen pelan strategik.
Maklumat Lanjut:
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
(u.p. : Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan 1)
No. Telefon: 03-8872 6225
E-mel : surayati@mampu.gov.my