Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Feedback form Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Opendata Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Perisian Sumber Terbuka (OSS)

Program Pembangunan dan Keupayaan Sumber Terbuka (OSDeC)

Pelan Induk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) atau OSS Sektor Awam Malaysia telah dilancarkan oleh mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman pada 16 Julai 2004. MAMPU telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui pelaksanaan OSS di Sektor Awam dengan penubuhan Open Source Competency Centre (OSCC). Pelan Induk ini telah dibangunkan sebagai panduan jangka panjang untuk mencapai visi dan objektif OSS. Pelan ini dilaksanakan dalam tiga (3) fasa iaitu:

 

Fasa 1 (2004-2006) : Penyediaaan asas-asas (projek rintis, infrastruktur, tadbir urus dan persekitaran)

Fasa 2 (2007-2010) : Peningkatan berganda dalam agensi yang melaksanakan OSS

Fasa 3 (2011-2020) : Self-reliance iaitu, agensi lebih berdikari untuk membangun dan melaksana OSS

Dalam merealisasikan fasa ketiga Pelan Induk ini, Program Pembangunan dan Keupayaan Sumber Terbuka (Open Source Development and Capabilities Programme) atau OSDeC diwujudkan pada tahun 2017 untuk membangunkan keupayaan pegawai ICT Sektor Awam dengan memfokuskan pembangunan sistem.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk:

1.    Membangunkan keupayaan pegawai sektor awam fokus dalam bidang pembangunan aplikasi yang berasaskan perisian sumber terbuka.

2.    Menjadi pemangkin ke arah meningkatkan pelaksanaan perisian sumber terbuka di agensi Sektor Awam.

Fungsi utama program OSDeC ialah pembangunan keupayaan untuk pegawai ICT sektor awam dengan menggerakkan potensi diri mereka bagi meningkatkan prestasi dan keupayaan dalam pembangunan sistem aplikasi melalui perkhidmatan coaching. Pembangunan keupayaan melalui latihan teknikal juga meningkatkan pengetahuan dan membangunkan keupayaan teknikal personel ICT sektor awam. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan kepakaran dan keyakinan mereka, manakala pensijilan yang dilaksanakan mengesahkan keupayaan personel ICT sektor awam supaya berupaya menjadi coach dan fasilitator.

LAMAN WEB

http://www.osdec.gov.my/

Maklumat Lanjut:

Ketua Pengarah

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 6, Setia Perdana 2,

Kompleks Setia Perdana,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi)

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     614
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 2210
Jumlah pelawat: 899855
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

Perkhidmatan Online Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi