Perkhidmatan MyGov*Net

MyGov*Net merupakan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (Goverment Integrated Telecommunication Network) yang diuruskan secara terpusat oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Infrastruktur rangkaian yang selamat ini disediakan bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan Digital, sama ada aplikasi dalaman Kerajaan atau capaian ke Internet. Perkhidmatan MyGov*Net adalah khusus untuk pengguna Kerajaan di Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian.

Skop perkhidmatan MyGov*Net dibahagikan kepada tiga iaitu MyGov*Net.WAN, MyGov*Net.Global dan MyGov*Net.PCN.

     
    (1) MyGov*Net.WAN

      MyGov*Net.WAN menyediakan rangkaian kawasan luas yang dibahagikan kepada dua iaitu
      perkhidmatan utama dan perkhidmatan pilihan.

      (a) Perkhidmatan utama merangkumi rangkaian kawasan luas terselamat yang                     

            menggunakan teknologi utama merangkumi rangkaian kawasan luas terselamat

                      yang menggunakan teknologi Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN),                                                     Asymmetrical Digital Subscriber Line (ADSL), Very Small Aperture Terminal (VSAT) dan              mobile.

                (b) Perkhidmatan pilihan merangkumi Integration, Consolidation, Bandwidth Optimization,
           Relocation, Firewall, Local Area Network Services, Content Filtering, Remote Access,                 Intrusion Prevention System, High Service Level Guarantee, Technical and Consultancy,             Dedicated Internet Access, International Connectivity, Class of Services, Bandwidth on                Demand dan Point to Point.

               (2)     MyGov*Net.Global

            MyGov*Net.Global menyediakan perkhidmatan rangkaian persendirian Kerajaan yang khusus    dan selamat untuk agensi Kerajaan di luar negara. Skop perkhidmatan yang ditawarkan              adalah rangkaian berwayar, rangkaian tanpa wayar dan perkhidmatan keselamatan.

              (3)       MyGov*Net.PCN

            Putrajaya Campus Network (PCN) merupakan perkhidmatan rangkaian kampus persendirian      Kerajaan yang khusus dan selamat bagi agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya. Skop
  perkhidmatan yang ditawarkan adalah rangkaian berwayar, rangkaian tanpa wayar
  dan perkhidmatan keselamatan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Ketua Pengarah

Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Bangunan MKN Embassy Techzone

Blok B, No. 3200, JalanTeknorat 2

63000 Cyberjaya, Sepang

Selangor

(U.P:  Pengarah

          Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama

          Infrastruktur dan Keselamatan ICT)

 

Portal MyGov*Net:

https://www.mygovnet.gov.my


Maklumat Perhubungan MyGov*Net:

 

Pasukan Projek MyGov*Net

E-mel : mygovnet@mampu.gov.my

 

Meja Bantuan MyGov*Net

E-mel : helpdesk@gitn.com.my

Telefon : 1-300-88-2888

 

 

 

 

 

 

            

             

                           

                     


                 

         

 

  •  
Info Halaman:     Jumlah Paparan-     225
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 97
Jumlah pelawat: 251590
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU