Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM)
Pengiktirafan Sektor Awam

Kerajaan telah memperkenalkan struktur pengiktirafan baharu bagi Sektor Awam yang merangkumi dua (2) peringkat pengiktirafan. Peringkat pertama ialah Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) yang merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf penghasilan inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi kepada negara. Selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membudayakan inovasi dalam kalangan agensi Sektor Awam, AIPM telah diperkenalkan mulai tahun 2010 bagi menggantikan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM).

Kaedah Pemilihan Penerima AIPM

Pemilihan dan pencalonan bagi AIPM dibuat melalui Jawatankuasa Pemilihan yang diketuai oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara dengan ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan serta individu terkemuka daripada sektor swasta, akademia dan badan bukan Kerajaan. Peranan Jawatankuasa Pemilihan adalah untuk memastikan bahawa hanya calon yang paling layak sahaja disenarai pendek untuk penganugerahan AIPM.

Kriteria Penilaian

Kriteria penilaian AIPM merangkumi 4 aspek utama yang memberi penekanan kepada keberhasilan atau outcome dan impak sesuatu inovasi seperti berikut:

    1. Inovatif  –  memaparkan ciri-ciri inovatif yang tinggi seperti kaedah atau eksperimen pelaksanaan yang benar-benar leading edge, perubahan organisasi yang menyeluruh atau penggemblengan teknologi yang berkesan;
    2. Relevan – memaparkan perubahan yang selaras dengan agenda nasional seperti sumbangan kepada pembentukan ekonomi nilai tinggi, penjimatan kos yang ketara kepada operasi Kerajaan, penjanaan hasil Kerajaan yang ketara, kolaborasi unik dengan rakyat, usaha nation building yang berkesan dan sebagainya;
    3. Signifikan – memaparkan keberhasilan atau potensi keberhasilan yang signifikan dan impak tinggi sama ada di peringkat  tempatan, nasional mahu pun global; dan
    4. Keberkesanan – memaparkan faedah yang nyata dengan keberhasilan yang mampan serta meliputi tempoh masa yang jelas membuktikan keberkesanannya.

Kategori Penerima

AIPM boleh dianugerahkan kepada penerima yang terdiri daripada Agensi/ Organisasi, Pasukan Penjawat Awam atau Individu. Hanya satu penerima yang akan diberi penganugerahan AIPM. Setimpal dengan taraf AIPM sebagai anugerah terunggul dan berprestij Sektor Awam, penerima AIPM akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak RM1 juta, trofi dan sijil.

 

 

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     535
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 184
Jumlah pelawat: 1125218
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi