orange green b

HEADER MAMPU5 BI

faqeng contactus | complaints | sitemap

IMG 4661 2

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kini, gelombang perubahan persekitaran global telah menuntut kebanyakkan negara di dunia merubah gaya dan pendekatan dalam tadbir urus negara. Kemunculan masyarakat yang canggih dari segi ICT, peningkatan tahap pendidikan, keterbukaan sikap dan mempunyai ekspektasi tinggi telah menuntut kerajaan supaya memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan rakyat. maka, citizen-centred public service mendominasi perkhidmatan awam pada ketika ini. MAMPU tidak ketinggalan merencana penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat menerusi pemanfaatan ICT dengan objektif agar aspirasi dan ekspektasi rakyat dapat dipenuhi.

MAMPU sentiasa komited ke arah memperhebat inisiatif transformasi penyampaian perkhidmatan awam melalui pengurusan organisasi, teknologi maklumat dan komunikasi yang inovatif serta strategik ke arah negara maju melalui pengukuhan posisinya sebagai peneraju transformasi penyampaian perkhidmatan awam yang terbilang.

MAMPU merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab sebagai perancang dan peneraju agenda pendigitalan sektor awam ke arah menambahbaik dan memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Ke arah itu, MAMPU berperanan memacu, merintis dan mempertingkatkan kecekapan sistem perkhidmatan awam melalui program pemantapan perancangan pengurusan organisasi.

Dalam aspek ini portal MAMPU telah dibangunkan untuk berkongsi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh semua pelanggan dan stakeholders MAMPU. Capaian-capaian mesra pelanggan turut disediakan supaya portal MAMPU dapat digunakan dengan mudah. Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua agar memanfaatkan sepenuhnya portal MAMPU ini.

“Berkhidmat untuk Negara”

Saya yang Menjalankan Amanah

Dato’ Dr. Yusof Bin Ismail
Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

 

Updated 21 May 2020