Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
ICT Consultancy Division

PPICT menyediakan 3 jenis perkhidmatan iaitu:

Pembangunan Projek

Pembangunan projek melibatkan aktiviti dalam merancang, mengkaji, membangun dan melaksanakan projek-projek ICT yang berimpak tinggi sama ada projek yang merentasi agensi atau projek yang menyokong secara terus perkhidmatan utama agensi serta menyokong pencapaian program teras Misi Nasional untuk mempertingkatkan tahap penyampaian Perkhidmatan Awam.

Penglibatan Pasukan Perunding ICT dalam Pembangunan Projek adalah untuk membantu pelanggan bermula dari awal hingga akhir projek bergantung kepada peringkat dan tahap penglibatan. Pembangunan Projek perlu dilengkapi dengan jadual perancangan, mempunyai aktiviti, penghasilan, tugasan dan sebagainya. Di akhir projek, Pasukan Projek akan menghasilkan produk dalam bentuk dokumen dan/ atau, sistem aplikasi dan/atau instalasi ICT.

Khidmat Perundingan

Perkhidmatan perundingan melibatkan kajian ke atas proses/ laporan terhadap projek-projek ICT yang dilaksana atau yang bermasalah. Satu laporan yang mengandungi perakuan dan cadangan penyelesaian terhadap projek yang dilaksanakan akan dihasilkan.

Khidmat Nasihat

Memberi panduan dan bimbingan kepada agensi dalam melaksanakan sesuatu projek ICT atau bagi tujuan menyelesaikan sesuatu masalah ICT.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi 3 trek pengkhususan yang terdiri dari 8 bidang kepakaran ICT iaitu:

(a) Trek Strategis

(i) Pengurusan Strategik ICT

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam pengurusan strategik ICT antaranya adalah pembangunan dan semakan semula Pelan Strategik ICT (ISP) agensi supaya selaras dengan Pelan Strategik Agensi dan Pelan Strategik ICT Sektor Awam.

(ii) Pengurusan Maklumat

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat projek-projek bidang pengurusan maklumat, pengurusan pengetahuan dan pengurusan kandungan.

(iii) Pengurusan Projek ICT

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam menguruskan projek-projek ICT dan menyelesaikan masalah pelaksanaan projek ICT.

(b) Trek Pembangunan Sistem

(i) Pembangunan Sistem

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam aplikasi online termasuk kajian keperluan, analisa sistem, rekabentuk sistem, pemprograman, pengujian, pelaksanaan dan penyenggaraan.

(ii) Pengurusan Pangkalan Data

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam rekabentuk, pengauditan dan pengurusan pangkalan data.

Maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh Pasukan Perunding ICT Sektor Awam (Pengurusan Pangkalan Data) kepada agensi-agensi sektor awam boleh didapati di dalam Katalog Servis Pasukan Perunding ICT Sektor Awam (Pengurusan Pangkalan Data).

(c) Trek Teknikal

(i) Pengurusan Rangkaian

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam rekabentuk, pengurusan prestasi, trouble shooting dan pengurusan konfigurasi rangkaian.

(ii) Pengurusan Keselamatan Maklumat ICT

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam pengurusan keselamatan maklumat seperti tadbir urus keselamatan maklumat, pengurusan risiko, penilaian keselamatan sistem dan rangkaian, dan perancangan kesinambungan perkhidmatan /pemulihan bencana.

(iii) Pengurusan Pusat Data

Menyedia khidmat pembangunan, perundingan dan nasihat dalam perancangan, pembangunan dan pengoperasian pusat data.

Prosedur Pemberian Perkhidmatan

Prosedur perkhidmatan adalah berasas kepada MS ISO 9001 MAMPU. Permohonan yang diterima akan dinilai dan dibuat kajian awal (jika diperlukan) bagi mengenalpasti masalah dan menentukan bidang khidmat perundingan yang bersesuaian.

Maklumat Lanjut:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Pasukan Perunding ICT Sektor Awam,
Aras 5, Bangunan MKN Embassy Techzone, Blok B,
No. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Sepang, Selangor Darul Ehsan
(u.p. Ketua Perunding, Bahagian Perundingan ICT)

Nombor Telefon : 603-8000 8000
Nombor Faks : 603-8318 4414

Page Info:     Total Views-     143
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 657
Total Visitors: 1136427
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi