Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Tuan/ Puan, Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bilangan 6 Tahun 2018 telah meluluskan 14 bidang SME ICT bagi laluan kerjaya Pakar Bidang Khusus (SME) Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM). Bidang SME ICT adalah seperti di Lampiran A. Sehingga kini, seramai 14 orang PTM pelbagai gred telah mendapat pengiktirafan SME ICT dan pemangkuan ke satu gred lebih tinggi.
3. Sehubungan dengan itu, pegawai yang berada di gred hakiki F44/F48/F52/F54 yang memenuhi syarat asas, kriteria umum dan kriteria khusus seperti di Lampiran B adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bermula 15 Julai 2021 dengan:
3.1 melengkapkan maklumat, memuat naik dokumen-dokumen berikut serta menghantar permohonan kemasukan laluan Pakar Bidang Khusus melalui Sistem Pengurusan Kerjaya (SPK) di http://spkict.mampu.gov.my
i. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan di Lampiran C
ii. Borang Penilaian 360° di Lampiran D (menyenaraikan maklumat 15 pegawai (atasan, rakan sekerja
dan pegawai bawahan);
iii. Perakuan Ketua Jabatan di Lampiran E;
iv. Salinan surat pengisytiharan harta (5 tahun terkini); dan
3.2 mengemukakan borang permohonan yang dimuat turun dari SPK berserta dokumen-dokumen seperti
di Lampiran F (senarai semak) secara hardcopy melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian/Jabatan/ Agensi di bawah seliaan Tuan/Puanselewat-lewatnya pada 30 September 2021 kepada:
Ketua Pengarah MAMPU
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Noormahera bin Mohd Puzi/
Encik Mohd Asrul bin Ismail
4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dikemukakan
kepada pihak urus setia melalui e-mel spk_admin@mampu.gov.my atau menghubungi
pegawai-pegawai berikut:
i) Puan Victoria Bu, 03-8872 3054; atau
ii) Puan Rusilawati binti Othman, 03-8872 3056.
Atas perhatian Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU,Jabatan Perdana Menteri