
HEBAHAN : PELAWAAN MENYERTAI PERTANDINGAN CHIPTA 2021
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan CHIPTA 2021 dengan bertemakan “Catalyzing Innovation for New Norm & Better Future”. CHIPTA merupakan singkatan kepada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat cakna merekacipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini berasaskan aplikasi mudah alih, analitis data raya dan kecerdasan buatan. Pertandingan ini terbuka kepada empat (4) kategori iaitu sektor awam, orang awam/ industri, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah.
3. Justeru, Tuan/ Puan yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini. Peserta pertandingan ini hendaklah menghasilkan Inovasi dalam bentuk aplikasi mudah alih dengan penggunaan sumber data terbuka berdasarkan pemilihan Bidang Fokus dan Kes Bisnes yang disenaraikan dalam syarat penyertaan. Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 14 Jun 2021 (Isnin) melalui url https://hackathon.data.gov.my/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Julai 2021 (Jumaat), pukul 12.00 tengah malam.
4. Setiap penyertaan akan melalui sesi penilaian awal berdasarkan pada kertas cadangan projek yang dihantar dan pasukan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel untuk mara ke sesi penilaian akhir. Pasukan yang layak perlu memulakan pembangunan inovasi dan penyediaan material pembentangan bermula 26 Julai hingga 25 Ogos 2021 secara dalam talian. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi melalui laman web di atas. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh disalurkan kepada hackathon@mampu.gov.my atau hubungi pegawai berikut:
i) Encik Mohd Razif Azmal bin Mohd Othman : razifazmal@mampu.gov.my; dan
ii) Puan Adawiyah Md Ashar : adawiyah@mampu.gov.my;
5. Sehubungan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah amat diharapkan agar dapat menghebahkan mengenai pertandingan ini kepada semua warga kerja di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Tuan/Puan. Perhatian dan kerjasama Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Semoga usaha ini akan menyemarakkan budaya inovasi dalam mencipta produk ICT di kalangan penjawat awam dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Sekian, terima kasih.