Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

MEMORANDUM OF UNDERSTANDING BETWEEN MALAYSIAN ADMINISTRATIVE MODERNISATION AND MANAGEMENT PLANNING UNIT (MAMPU) AND UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

MEMORANDUM OF UNDERSTANDING BETWEEN MALAYSIAN ADMINISTRATIVE MODERNISATION AND MANAGEMENT PLANNING UNIT (MAMPU) AND UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Tarikh                       : 23 Oktober 2017

Masa                         : 9.00 pagi – 10.30 pagi

Tempat                     : Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kerjasama Agensi : MAMPU dan UKM

Pautan                       : http://www.ivi.ukm.my/mou-antara-ivi-ukm-dan-mampu/

LATAR BELAKANG

Hasrat untuk mengadakan kerjasama ini telah lama bermula, bertitik tolak dari mesyuarat pertama kerjasama MAMPU dan Institut Informatik Visual (IVI), UKM yang diadakan di MAMPU Cyberjaya pada 28 September 2016 mengenai permohonan untuk menggunakan kemudahan infrastruktur Data Raya Sektor Awam (DRSA) di MAMPU. Usaha ini telah diteruskan dengan beberapa siri perbincangan sehinggalah tercapai kesepakatan untuk menandatangani MoU yang direalisasikan pada hari ini.

MoU yang ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU dan YBrs. Dato’ Dr. Halimah Badioze, Pengarah, Institut Informatik Visual, UKM ini merupakan komitmen tiga (3) tahun dan antara lainnya adalah bertujuan untuk menjalankan kerjasama strategik dalam penyelidikan dan penerbitan serta perkongsian penggunaan kemudahan/ peralatan yang bersesuaian tidak terhad yang mana boleh memberi sumbangan kepada Negara.

OBJEKTIF

Objektif MoU ini ialah:

1. Menjalankan kerjasama strategik dalam penyelidikan dan penerbitan serta perkongsian penggunaan kemudahan/ peralatan yang
    bersesuaian tidak terhad yang mana boleh memberi sumbangan kepada Negara;

2. Mengembeling kepakaran MAMPU dan UKM dalam memperkasa, membitara dan melestarikan pelaksanaan program analitis data raya,
    data terbuka dan lain-lain bidang ICT;

3. Membangunkan modal insan dan kemajuan kerjaya dalam analitis data raya, data terbuka dan lain-lain bidang ICT;

4. Menjalinkan kerjasama dalam perkongsian dan pertukaran data, maklumat, pengetahuan, kepakaran dan produk melalui pelbagai
   program analitis data raya, data terbuka dan lain-lain bidang ICT; dan

5. Melaksanakan program kerjasama yang ditetapkan dan dipersetujui bersama-sama oleh Pihak-Pihak dalam bidang ICT.

IMPAK

Impak MoU ini adalah:

1. Kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan, perkongsian sumber dan kepakaran, pembangunan modal insan, pertukaran data dan maklumat serta pelbagai program analitis data raya, data terbuka dan lain-lain bidang ICT; dan

2. Kerjasama bagi kemudahan prasarana data terbuka dan data raya yang terdapat di UKM dan juga MAMPU dimanfaatkan untuk pembangunan keupayaan dan kompetensi personel ICT penjawat awam dalam bidang analitis data atau sains data dan seterusnya lebih ramai saintis data dalam kalangan akan dilahirkan.

                                                                                                                                                                                                           

Page Info:     Total Views-     94
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 2106
Total Visitors: 753624
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi