Pada tahun ini, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan sekali lagi menganjurkan program CHIPTA 2023 (CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement) iaitu satu program hackathon tahunan MAMPU. Program ini diadakan untuk mewujudkan peluang kolaborasi dan memupuk budaya penciptaan produk dalam kalangan masyarakat termasuk pelajar sekolah, universiti, penjawat awam dan pihak industri dalam usaha meningkatkan penghasilan produk berasaskan teknologi digital yang kreatif dan inovatif.
Bagi memastikan kelestarian objektif program dapat dicapai, pihak MAMPU ingin memohon sumbang saran dan idea bernas daripada YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan berkaitan dengan cadangan kes bisnes serta automasi perkhidmatan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai pilihan peserta bagi pertandingan kali ini. Kaji selidik ini dilaksanakan sehingga 21 April 2023 dan borang soal selidik Bank Idea CHIPTA ini boleh diakses melalui pautan https://bit.ly/bankideaCHIPTA atau imbas kod QR berikut:
