Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

(Paparan maklumat dalam Bahasa Melayu) HEBAHAN : PELAWAAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB) TAHUN 2023 BAGI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPARUH MASA BAGI PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts. / Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk memohon Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Tahun 2023. Program Penajaan HLPSB Tahun 2023 ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan sahaja yang sedang mengikuti pengajian secara separuh masa di peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D).

3.  Maklumat lanjut dan lampiran dokumen berhubung iklan program penajaan HLPSB Tahun 2023 ini boleh diperolehi dengan melayari laman rasmi Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam di http://esilav2.jpa.gov.my.

4.  Sehubungan dengan itu, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di kementerian/ jabatan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan oleh pihak JPA boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian seperti di atas. Kerjasama pegawai adalah dimohon untuk memberi perhatian sewajarnya kepada syarat/tatacara permohonan bagi mengelakkan sebarang isu yang boleh menjejaskan permohonan berkenaan. Tarikh permohonan bagi program penajaan HLPSB Tahun 2023 ditetapkan bagi PTM di kementerian/jabatan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

Bil.PerkaraTarikh
i.Permohonan secara dalam talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my28 Ogos 2023 hingga 6 Oktober 2023
ii.Tarik tutup permohonan di MAMPU 6 Oktober 2023

5.   Sila pastikan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Borang ini juga perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan di ruang perakuan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak JPA sebelum dihantar ke MAMPU bagi urusan selanjutnya di peringkat Ketua Perkhidmatan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 6 Oktober 2023 kepada:

Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Sumber Manusia
Unit Pemodenan Tadbiran dan 
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)

6.  Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini di MAMPU, pegawai Urus Setia Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU boleh dihubungi adalah seperti berikut, Encik Syamrizal bin J Nulawadin di talian 03-8872 3028/ Puan Kamrun Bibi binti Mohamed Musa di talian 03-8872 6313 atau e-mel ke unitlatihan@mampu.gov.my

                                                                                                                         ATAU

memerlukan penjelasan lanjut berhubung syarat/ pelaksanaan HLPSB Tahun 2023, pihak penyelaras di Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awamboleh dihubungi di talian 03-8885 3053 / 3569 atau melalui e-mel penawaranldp@jpa.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, JPM

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     37
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 1839
Total Visitors: 614369
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi