Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2024 KEPADA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DI BAWAH KETUA PERKHIDMATAN KETUA PENGARAH MAMPU

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka pelawaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2024 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa.

Justeru itu, Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di bawah Ketua Perkhidmatan, Ketua Pengarah MAMPU boleh melayari laman web JPA di pautan http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 23 Mei 2023 hingga 23 Jun 2023. PTM yang berminat dimohon untuk memberi perhatian yang sewajarnya tentang syarat-syarat permohonan dan tatacara pencalonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut.

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan atau Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) agensi masing-masing. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan atau BPSM agensi dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak. Pemohon hendaklah menyediakan sebanyak dua (2) set dokumen (setiap set dokumen yang lengkap mengandungi Borang Permohonan, Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan) dan disusun mengikut panduan penyusunan dokumen permohonan.

Permohonan hendaklah dihantar ke MAMPU selewat-lewatnya pada 14 Jun 2023 (Rabu) jam 5.00 petang dan dikemukakan kepada:

Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Sumber Manusia
Unit Pemodenan Tadbiran dan 
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan berkenaan, urus setia yang boleh dihubungi ialah Encik Syamrizal J Nulawadin/ Puan Kamrun Bibi Mohamed Musa (03-8872 3028/ 03-8872 6313) atau emel: unitlatihan@mampu.gov.my.

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat PengurusanMAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     0
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 358
Total Visitors: 1142013
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi