Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

(Paparan maklumat dalam Bahasa Melayu) HEBAHAN URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F44, F48, F52 DAN F54 YANG TELAH MEMANGKU MULAI 1 MEI 2022 HINGGA 31 MEI 2022; DAN SEBELUM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Untuk makluman, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sedang menyelaras urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) ke Gred F44, F48, F52 dan F54 yang telah memangku mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 dan sebelum. Sehubungan dengan itu, pihak urusetia memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan untuk mengisi dokumen-dokumen di bawah bagi melengkapkan urusan kenaikan pangkat berkenaan:

i) Lampiran I (Senarai Semak), Lampiran A (Borang Maklumat Perkhidmatan Pegawai), Lampiran B (Borang Perakuan Ketua Jabatan), Lampiran C (Surat Akuan Pinjaman Pendidikan) dan Lampiran D (Borang Maklumat Tatatertib) seperti yang dilampirkan;
ii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2020, 2021 dan 2022
iii) Salinan Surat Pengisytiharan Harta;
iv) Salinan Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM; dan
v) Salinan Kenyataan Buku Perkhidmatan yang mengandungi maklumat:
    a) Tarikh Pengesahan Lantikan;  
    b) Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan;
    c) Tarikh Kenaikan Pangkat Terakhir;
    d) Tarikh pegawai melapor diri untuk pemangkuan (termasuk catatan penangguhan jika ada);
    e) Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji;
    f) Rekod tidak hadir bertugas tanpa kebenaran/ lucut hak emolumen;
    g) Rekod Cuti Belajar yang diluluskan; dan
    h) Maklumat Tatatertib.

3.       Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dimohon untuk menyelaras urusan kenaikan pangkat ini dan mengemukakan dokumen lengkap kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU sebelum atau pada 14 Julai 2023 (Jumaat) ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 3, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

4.       Sebarang pertanyaan berhubung urusan pertimbangan kenaikan pangkat ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :

No.Nama PegawaiNo. TelefonEmel
1.Puan Noor Hafizah binti Azizi03-88723067noorhafizah@mampu.gov.my
2.Cik Khairunnisaa Aqilah binti Khairulnasri03-88723099khairunnisaa@mampu.gov.my

Atas perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’/ YBhg. Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

URUS SETIA NAIK PANGKAT DAN PEMANGKUAN SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     0
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 1782
Total Visitors: 614312
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi