Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts. /Tuan/ Puan,
PELAWAAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA TAHUN 2023 KEPADA PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA DALAM PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka pelawaan kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Sepenuh Masa atau Separuh Masa Tahun 2023.
Justeru itu, Pegawai Kumpulan Pelaksana jawatan Juruteknik Komputer dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di bawah Ketua Perkhidmatan Ketua Pengarah MAMPU yang memenuhi syarat boleh memohon:
1. PPKP bagi pengajian Ijazah Pertama, Diploma, Diploma Kemahiran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia secara SEPENUH MASA.
Permohonan dibuka mulai 3 April 2023 sehingga 30 November 2023 (tertakluk kepada slot yang berbaki). Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan kepada MAMPU bagi urusan saringan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum tarikh memulakan pengajian atau tarikh akhir pada 29 September 2023 sebelum dikemukakan pencalonan ke pihak JPA.
2. PPKP bagi pengajian Ijazah Pertama secara SEPARUH MASA.
Permohonan dibuka bermula 3 April 2023 sehingga 26 Mei 2023 dan tarikh akhir penerimaan borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan oleh PPSM, MAMPU adalah pada 18 Mei 2023 (Khamis).
Semua permohonan yang telah mendapat sokongan Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dikemukakan melalui MAMPU dan tertakluk kepada saringan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) MAMPU selaku Ketua Perkhidmatan.
Permohonan adalah secara dalam talian. Sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan. Sila teliti syarat-syarat yang ditetapkan serta pengemukaan dokumen sokongan yang diperlukan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Sumber Manusia
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana |
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan di MAMPU, urus setia yang boleh dihubungi adalah Encik Syamrizal J Nulawadin/ Puan Kamrun Bibi Mohamed Musa (03-8872 3028/ 03-8872 6313).
ATAU
Mengenai PPKP ini di JPA, sila hubungi talian 03-8885 3468/3518/3359 atau emel: sp.bmi@jpa.gov.my untuk PPKP SEPENUH MASA atau 03-8885 3569 atau emel: penawaranldp@jpa.gov.my untuk PPKP SEPARUH MASA.