Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan CHIPTA 2023 dengan bertemakan “Realizing Innovation for a Better Future”. CHIPTA merupakan singkatan kepada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengajak masyarakat cakna merekacipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif berasaskan pembangunan aplikasi mudah alih dan pemanfaatan data terbuka.. Pertandingan ini terbuka kepada empat (4) kategori iaitu sektor awam, orang awam/ industri, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah.

Justeru, Tuan/ Puan yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini. Peserta pertandingan ini hendaklah menghasilkan Inovasi berdasarkan pemilihan Teras Strategik Malaysia MADANI dan Kes Bisnes yang disenaraikan dalam syarat penyertaan. Penyertaan boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 12 Jun 2023 (Isnin) melalui portal rasmi CHIPTA di https://chipta.mampu.gov.my/ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Julai 2023 (Selasa), pukul 12.00 tengah malam.

Setiap penyertaan akan melalui sesi penilaian awal berdasarkan pada kertas cadangan projek yang dihantar dan pasukan yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel dan portal CHIPTA untuk mara ke sesi penilaian akhir. Pasukan yang layak perlu memulakan pembangunan inovasi dan penyediaan material pembentangan bermula 20 Julai hingga 19 Ogos 2023 secara offline. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperolehi melalui laman web di atas. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh disalurkan kepada chipta@mampu.gov.my atau hubungi pegawai berikut:

i.Puan Adawiyah Md Ashar : adawiyah@mampu.gov.my
ii.Encik Mohd Razif Azmal bin Mohd Othman : razifazmal@mampu.gov.my
iii.Puan Fara Idayu Binti Ahmad Sohaimi : faraidayu@mampu.gov.my
iv.Encik Mohamad Faruqi bin Rahim : faruqi@mampu.gov.my

        

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     112
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 1802
Total Visitors: 614332
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi