Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

PEMAKLUMAN PELAWAAN PROGRAM “PEMBANGUNAN EKSEKUTIF TAHUN 2023 DI NATIONAL HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT INSTITUTE (NHI) KOREA SELATAN” 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa penyertaan daripada kalangan pegawai Kumpulan Gred 29 hingga Gred 56 yang berminat dan memenuhi syarat untuk menyertai Program Pembangunan Eksekutif (EDP) Tahun 2023 anjuranNational Human Resources Development Institute (NHI), Korea Selatan seperti berikut: 

a)   Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 29 – 40 (Program EDP Pelaksana)

b)   Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 – 44 (Program EDP Junior)

c)   Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 – 56 (Program EDP Senior) 

3.      Sehubungan dengan itu, pegawai Kader MAMPU di kementerian/jabatan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di http://esilav2.jpa.gov.my. Kerjasama pegawai adalah dimohon untuk memberi perhatian sewajarnya kepada syarat/tatacara permohonan/pencalonan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit yang boleh menjejaskan permohonan berkenaan. Tarikh tutup permohonan/pencalonan bagi Program Pembangunan Eksekutif (EDP) Tahun 2023, NHI ditetapkan bagi pegawai Kader MAMPU di kementerian/jabatan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

Bil.PerkaraTarikh
1.Permohonan secara dalam talian melalui http://esilav2.jpa.gov.my20 Januari hingga 10 Februari 2023
2.Tarikh tutup permohonan/ pencalonan di MAMPU 
09 Februari 2023 (Sebelum jam 12.00 tengah hari)

4.    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon. Borang ini juga perlu ditandatangani serta dicop rasmi oleh Ketua Jabatan masing-masing di ruang perakuan dengan disertakan dokumen-dokumen sokongan sepertimana yang yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Maklumat terperinci berhubung kaedah permohonan / pencalonan program EDP ini boleh disemak melalui pautan yang disediakan di atas.Pemohon dikehendaki memastikan data dan dokumen yang dikemukakan adalah tepat dan lengkap tanpa ada sebarang keciciran. Adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada.

5. Dokumen-dokumen berkaitan permohonan hendaklah disusun mengikut turutan dan panduan tatacara penyusunan dokumen permohonan telah ditetapkan dan HENDAKLAH disediakan dalam DUA (2) SET SALINAN YANG LENGKAP (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat dan diakui sah oleh pegawai berkelayakan bagi dokumen sokongan). Setiap set salinan tersebut TIDAK DIKETIP/ DIJILID tetapi hanya DIKLIP sahaja.

6.   Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 9 Februari 2023 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengah hari kepada:

Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 6, Setia Perdana 2
Kompleks Setia Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p: Unit Latihan dan Pembangunan Kompetensi)

7.   Kerjasama pegawai yang telah menghantar borang permohonan program EDP fizikal kepada alamat seperti di atas adalah dimohon memaklumkan perkara tersebut pihak urus setia Seksyen Sumber Manusia, MAMPU melalui e-mel unitlatihan@mampu.gov.my.

8.   Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini, urus setia yang boleh dihubungi berkaitan permohonan di MAMPU adalah Encik Syamrizal J Nulawadin/ Puan Kamrun Bibi Mohamed Musa (03-8872 3028/ 03-8872 6313) atau mengenai program EDP ini di Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03 – 8885 3053/3569 atau melalui  emel  di alamat penawaranldp@jpa.gov.my 

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Ts. /Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih.

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     453
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 1893
Total Visitors: 614423
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi