Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Feedback form Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Opendata Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PELAWAAN PROGRAM PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2023 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN BUKAN GUNA SAMA, PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PTM)

Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat untuk memohon penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa di bawah Program Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2023. Penajaan HLP ini terbuka kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan) daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di Lampiran A. Maklumat lanjut  dan lampiran dokumen berhubung iklan Program Penajaan HLP Sesi 2023 ini boleh diperolehi dengan melayari laman rasmi Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam di https://esilav2.jpa.gov.my/.

3.   Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan, terdapat penambahbaikan dalam proses permohonan dan pencalonan bagi program HLP Sesi 2023 yang mana keseluruhan prosesnya melibatkan secara dalam talian sepenuhnya (end to end). Sehubungan dengan itu, kerjasama  Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) yang berminat adalah dimohon untuk memberikan perhatian sewajarnya kepada tatacara permohonan/pencalonan seperti di Lampiran B bagi mengelak sebarang masalah berbangkit kelak yang menyebabkan kelewatan dalam mengemukakan permohonan/ pencalonan. Tarikh permohonan/pencalonan bagi Program Penajaan HLP Sesi 2023 ditetapkan bagi PTM di kementerian/jabatan yang perlu dipatuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:-

Bil.PerkaraTarikh
1.Permohonan secara dalam talian melalui https://epermohonanhlp.jpa.gov.my 13 April 2022 hingga 20 Mei 2022
2.Tarikh tutup permohonan/ pencalonan di MAMPU 8 Mei 2022

4.     Seterusnya bagi urusan permohonan HLP iniPTM di kementerian/ jabatan yang berminat dimohon untuk memberi perhatian semasa mengisi maklumat secara dalam talian di ruangan Ketua Jabatan dan Pegawai PPSM  seperti maklumat di bawah:

i)  Ketua Jabatan adalah Pengarah atau Setiausaha Bahagian dsb yang mengetuai bahagian di mana pegawai ditempatkan atau bahagian pengurusan sumber manusia di Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-masing;

ii)  Pegawai PPSM adalah YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah MAMPU;

Sebarang pertanyaan berkaitan berhubung perkara ini, pegawai Urus Setia Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Khidmat Pengurusan, MAMPU boleh dihubungi seperti berikut, Encik Syamrizal bin J Nulawadin di talian 03-8872 3028/ Encik Syed Mohamad Syazwan bin Syed Kamal di talian 03-8872 3098/ Puan Kamrun Bibi binti Mohamed Musa di talian 03-8872 6313 atau e-mel ke unitlatihan@mampu.gov.my.

5.  Sebagai makluman pemohon juga, bidang-bidang ICT seperti di Lampiran I merupakan bidang keutamaan bagi permohonan program penajaan HLP Sesi 2023.

6.    Sekiranya YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan memerlukan penjelasan lanjut berhubung syarat/pelaksanaan HLP Sesi 2023 atau isu berkaitan teknikal/eSILA, pihak penyelaras di Jabatan Perkhidmatan Awam yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:-

(i)           Urusan berkaitan permohonan/syarat

Penyelaras     :         Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, BMI JPA

No. Tel            :         03-8885 3053 / 3571

E-mel              :         penawaranldp@jpa.gov.my

(ii)         Urusan berkaitan isu teknikal/sistem eSILA

Penyelaras     :         Unit Perunding Perancangan & Prestasi (PR)

No. Tel            :         03-8885 3445 / 3610 / 5193

Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Dr./ Ts./Tuan/Puan  berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     0
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE
codemobile
MOBILE APP
gammacode

NUMBER OF VISITORS
Today's Visitors: 2243
Total Visitors: 899888
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

Perkhidmatan Online Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi