
YBhg. Tan Sri/YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Untuk makluman YBhg. Tan Sri/YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan, MAMPU telah membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang menggariskan hala tuju strategik pendigitalan sektor awam bagi tempoh lima tahun. Pelan ini telah dirangka dengan sistematik dan komprehensif bagi rujukan agensi sektor awam dalam melaksanakan inisiatif pendigitalan di agensi.
PSPSA 2021-2025 dengan matlamat Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital meliputi 7 teras strategik, 10 prinsip panduan dan 9 ekosistem pemboleh daya. Hala tuju strategik yang digarap dalam PSPSA adalah sejajar dengan hala tuju global dan nasional merangkumi Sustainable Development Goals (SDG) 2030, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Bertepatan dengan Sinergi Pendigitalan Mampan yang merupakan tema PSPSA 2021-2025, gabungan sinergi pendigitalan yang berterusan antara pelbagai pihak akan merealisasikan agenda pendigitalan negara demi kesejahteraan rakyat. Justeru, PSPSA yang dibangunkan telah mengambil kira perkhidmatan berteraskan Government to Government (G2G), Government to Citizen (G2C), Government to Business (G2B) dan Government to Employee (G2E).
Ringkasan Eksekutif Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 boleh diakses melalui pautan berikut:
RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM 2021-2025
Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
PASUKAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM 2021-2025
MAMPU