(Paparan maklumat dalam Bahasa Melayu) SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (SPKPA) BILANGAN 1 TAHUN 2021: PELAKSANAAN MODUL DATA PERJAWATAN – SUBMODUL MYPORTFOLIO DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)

HEBAHAN SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2021: PELAKSANAAN MODUL DATA PERJAWATAN – SUBMODUL myPortfolio DALAM SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2021: Pelaksanaan Modul Data Perjawatan – Submodul myPortfolio Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

3.        Untuk makluman YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, SPKPA ini bertujuan untuk memberi panduan kepada agensi Kerajaan berhubung dengan pelaksanaan Modul Data Perjawatan – Submodul myPortfolio dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia Bilangan 12 Tahun 2005 (PP Bil. 12 Tahun 2005) dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 – myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam (PKPA Bil. 4 Tahun 2018). Justeru, pekeliling ini juga telah boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut:

http://dasar.mampu.gov.my/

Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     153
RECOGNITION
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBILE

MOBILE APP

NUMBER OF VISITORS
  • 169
  • 149,834
CONTACT US

UNIT PEMODENAN TADBIRAN
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Best viewed: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 and above
logo123