Tarikh : 11-13 September 2017
Masa : 48 jam
Tempat : Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC)
Kerjasama Industri : Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Telekom Malaysia, GITN Sdn. Bhd., Malaysia Digital
Economy Corporation (MDEC) dan myVIC Sdn. Bhd.
Kerjasama Agensi : Majlis Perbandaran Sepang
Peserta : Penjawat Awam, Industri, Universiti Awam dan Swasta serta Pelajar Sekolah Menengah
Pautan : http://www.data.gov.my/article/readiness#6
http://www.data.gov.my/event/72
LATAR BELAKANG
Program Hackathon Data Terbuka 2017 bertemakan Melebar Horizon Kreativiti, Menggarap Aspirasi Inovasi dengan tagline #biaraplikasiberbicara terbahagi kepada tiga (3) kategori penyertaan iaitu kategori Sektor Awam, kategori Industri dan Universiti Awam dan Swasta serta kategori Pelajar Sekolah Menengah. Program ini telah menarik minat 39 kumpulan yang berjumlah 133 peserta bagi ketiga-tiga kategori. Program ini merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi diadakan selama 48 jam secara berterusan bagi kategori Sektor Awam dan kategori Industri dan Universiti Awam dan Swasta serta 30 jam bagi kategori Pelajar Sekolah Menengah. Program ini menjadi satu testimoni keperihatian pihak penganjur bagi memastikan penyampaian perkhidmatan adalah berpaksikan rakyat.
OBJEKTIF
Program Hackathon Data Terbuka 2017 bertujuan untuk:
1. Menyediakan platform untuk penciptaan produk data yang kreatif dan berinovasi;
2. Memanfaatkan keupayaan data terbuka dalam penghasilan produk; dan
3. Menggalakkan inovasi data terbuka dalam penyampaian perkhidmatan awam.
IMPAK
Antara impak program ini adalah seperti berikut:
1. Pembangunan 39 aplikasi inovatif dan kreatif dengan menggunakan data terbuka bagi kegunaan rakyat;
2. Meningkatkan perkongsian dan penggunaan data terbuka di kalangan penjawat awam, industri, akademia dan rakyat;
3. Melahirkan idea baharu dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dengan memanfaatkan data yang telus, mampan dan lengkap; dan
4. Empat (4) bidang fokus pembangunan aplikasi telah berjaya dilaksanakan iaitu Travellers Experience Innovation, Innovation With Nature, How Do You Build A Smarter City dan Spark A Smart Change For Vulnerable.