Tarikh : 25 Mei 2017
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Kerjasama Industri : Syarikat Prasarana, WRZiT SDN. BHD. dan World Bank Group
Kerjasama Agensi : Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Universiti Malaya
Peserta : Penjawat Awam, Universiti Awam dan Swasta dan Industri
Pautan : http://www.data.gov.my/article/readiness#8
http://www.data.gov.my/event/61
http://www.data.gov.my/event/62
http://www.data.gov.my/event/66
http://www.data.gov.my/event/63
http://www.data.gov.my/event/59
LATAR BELAKANG
Hari Data Terbuka 2017 merupakan program yang julung kali diadakan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Program ini mengandungi dua segmen iaitu Big Splash Data Terbuka dan Seminar Data Terbuka.
Program Big Splash Data Terbuka ini merupakan suatu manifestasi inovasi data terbuka di mana komuniti atau syarikat baharu (startup) dapat menghasilkan inovasi aplikasi mudah alih untuk dimanfaatkan oleh orang awam/ rakyat dengan menggunakan Data Terbuka. Program ini juga merupakan suatu testimoni kuasa Data Terbuka untuk menyemarakkan inovasi dan merealisasikan inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat.
Antara pengisian dalam program ini ialah pelancaran Aplikasi Mudah Alih WRZiT iaitu kemudahan untuk mendapatkan maklumat jadual pergerakan bas rapidKL di sekitar Lembah Klang. Di samping itu, program ini juga memberi pendedahan dan mempromosikan inisiatif Data Terbuka Sektor Awam kepada agensi kerajaan, swasta dan orang awam selain menyumbang dalam meningkatkan kedudukan negara dalam indeks penarafan Open Data Barometer (ODB) di peringkat global.
Seminar Data Terbuka pula merupakan salah satu program bitara MAMPU telah dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya melancarkan Laporan Open Data Readiness Assessment (ODRA).
OBJEKTIF
Program ini bertujuan untuk:
1. Pelancaran Laporan Open Data Readiness Assessment (ODRA);
2. Pelancaran aplikasi mudah alih inovasi data terbuka;
3. Mempromosi inisiatif data terbuka kepada agensi kerajaan, swasta dan rakyat; dan
4. Hebahan melalui media berkaitan inisiatif data terbuka ke arah meningkatkan penarafan Open Data Barometer (ODB).
IMPAK
Antara impak program ini adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai perkongsian data terbuka;
2. Memperkasakan amalan data terbuka untuk kesejahteraan rakyat;
3. Meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti dalam membangunkan aplikasi berasaskan data terbuka; dan
4. Meningkatkan penarafan ODB.