HEBAHAN IKLAN URUSAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

HEBAHAN IKLAN URUSAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sedang mengiklankan urusan pengambilan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di bawah MAMPU bagi pengisian penempatan di pelbagai Kementerian/Jabatan di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pengambilan ke jawatan ini melibatkan pengisian sebanyak 133 lantikan dan 150 simpanan.

Maklumat lanjut berhubung permohonan pengambilan jawatan berkenaan boleh dirujuk lanjut melalui pautan berikut:

i. Iklan pengambilan jawatan boleh dilayari di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia:
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pengumuman-terkini

ii. Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut:
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-teknologi-maklumat-gred-f41

Sehubungan dengan itu, calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon jawatan berkenaan.

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 4 Julai 2021 (Ahad), jam 11.59 malam.

Sila rujuk portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk sebarang maklumat lanjut.

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     671
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 67
Jumlah pelawat: 402046
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU