Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
HEBAHAN KAJI SELIDIK TAHAP KESEDARAN PENGGUNAAN APLIKASI PEMESEJAN SEGERA KERAJAAN (GOVCHAT)

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Datin/YBrs. Dr./Ts./ Tuan/Puan, aplikasi GovChat merupakan medium komunikasi segera, mudah dan fleksibel bagi penjawat awam dengan penggunaan platform yang selamat dan dipercayai. GovChat telah mula digunakan secara berperingkat oleh agensi sektor awam bermula Mac 2021. Penggunaannya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Selari dengan keperluan semasa dan berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pengguna, GovChat telah meningkatkan kepelbagaian kemudahan sedia ada melalui peningkatan ciri–ciri tambahan yang boleh diperoleh melalui versi terkini (versi 4.34.3 untuk iOS dan versi 4.34.0 untuk Android).
 
3.  Sehubungan dengan itu, Pasukan GovChat, Bahagian Perundingan ICT, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) sedang melaksanakan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas berkenaan Tahap Kesedaran Penggunaan Portal Dan GovChat.
Sasaran kajian ini adalah kepada semua penjawat awam. 
 
4.  Objektif kaji selidik adalah seperti berikut:

a. Mengenal pasti tahap kesedaran agensi sektor awam terhadap portal dan aplikasi GovChat;
b. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan GovChat oleh agensi sektor awam;
c. Mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan hebahan dan promosi GovChat; dan
d. Mendapatkan cadangan atau maklumbalas bagi menarik minat penggunaan GovChat di sektor awam.


5.  Bagi memastikan objektif kaji selidik ini tercapai, dimohon jasa baik dan kerjasama YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Datin/YBrs. Dr./Ts./ Tuan/Puan untuk turut serta dalam tinjauan kaji selidik ini yang boleh diakses bermula 10 Julai 2023 hingga 21 Julai 2023 di pautan:

https://forms.gle/syTRU7KkWuq8YJwv6

web banner kaji selidik govchat

Sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan kaji selidik ini, sila hubungi:

Pasukan GovChat
Bahagian Perundingan ICT
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
Emel: gcteam@mampu.gov.my
Tel: 03-88726375

Sekian, salam hormat.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     138
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 1391
Jumlah pelawat: 1145276
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi