Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri buat julung kalinya akan menganjurkan Persidangan Digital Sektor Awam 2021 yang dilaksanakan secara maya bertemakan Norma Baharu Pendigitalan: Memperkasakan Perkhidmatan Berpaksikan Rakyat. Objektif persidangan ini adalah seperti berikut:
i. menyediakan platform perkongsian idea berkaitan keadaan semasa dan arah terkini teknologi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan yang berpaksikan rakyat;
ii. mengarusperdanakan konsep Kerajaan Digital dalam penawaran perkhidmatan Kerajaan; dan
iii. menyediakan peluang kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dengan akademia dan sektor swasta bagi merealisasikan pelaksanaan konsep Kerajaan Digital.
3. Majlis Perasmian dan Persidangan Digital Sektor Awam 2021yang akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara seperti ketetapan berikut:
Tarikh | : | 19 Ogos 2021 (Khamis) |
Masa | : | 9.00 pagi hingga 4.15 petang |
Tempat | : | Secara maya di Facebook Rasmi MAMPU https://www.facebook.com/mampujpm |
Atur cara | : | Seperti di Lampiran |





4. Semoga penyertaan daripada semua pihak akan dapat menyemarakkan lagi majlis ini. Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk Seri Dr./ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.