Portal Rasmi MAMPU

Laman Web Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Multi Language [EN] [BM]
Peta Laman MyGoverment
W3C Disability Accessibility
Arkib elektronik Online E-Participation
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim Piagam Pelanggan
Hubungi Kami
Procument Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan Pelan Strategik MAMPU 2021-2025
HEBAHAN PELAWAAN KE LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT – SME) BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PERKHIDMATAN BUKAN GUNASAMA PERSEKUTUAN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Untuk makluman Tuan/ Puan, Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bilangan 6 Tahun 2018 telah meluluskan 14 bidang SME ICT bagi laluan kerjaya Pakar Bidang Khusus (SME) Skim Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM).  Bidang SME ICT adalah seperti di Lampiran A. Sehingga kini, seramai 14 orang PTM pelbagai gred telah mendapat pengiktirafan SME ICT dan pemangkuan ke satu gred lebih tinggi. 

3.   Sehubungan dengan itu, pegawai yang berada di gred hakiki F44/F48/F52/F54 yang memenuhi syarat asas, kriteria umum dan kriteria khusus seperti di Lampiran B adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bermula 15 Julai 2021 dengan: 

       3.1 melengkapkan maklumat, memuat naik dokumen-dokumen berikut serta menghantar permohonan kemasukan laluan Pakar Bidang Khusus            melalui  Sistem Pengurusan Kerjaya (SPK) di http://spkict.mampu.gov.my

            i. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan di Lampiran C

            ii. Borang Penilaian 360° di Lampiran D (menyenaraikan maklumat 15 pegawai (atasan, rakan sekerja
               dan pegawai bawahan);

           iii. Perakuan Ketua Jabatan di Lampiran E;

           iv. Salinan surat pengisytiharan harta (5 tahun terkini); dan

       3.2 mengemukakan borang permohonan yang dimuat turun dari SPK berserta dokumen-dokumen seperti
  di Lampiran F (senarai semak)
secara hardcopy melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian/Jabatan/ Agensi di bawah seliaan Tuan/Puanselewat-lewatnya pada 30 September 2021 kepada:

Ketua Pengarah MAMPU

Bahagian Khidmat Pengurusan

Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p.:  Puan Noormahera bin Mohd Puzi/                                       

 Encik Mohd Asrul bin Ismail

4.    Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dikemukakan
kepada pihak urus setia melalui e-mel spk_admin@mampu.gov.my atau menghubungi
pegawai-pegawai berikut:

    i)       Puan Victoria Bu, 03-8872 3054; atau

   ii)       Puan Rusilawati binti Othman, 03-8872 3056.

 

Atas perhatian Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian.

URUS SETIA NAIK PANGKAT SKIM PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT

Seksyen Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan

MAMPU,Jabatan Perdana Menteri

 

Info Halaman:     Jumlah Paparan-     789
PENGIKTIRAFAN
Logo_LRQA_UKAS_COMBINED.png

WEB MOBIL
codemobile
APLIKASI MOBIL
gammacode

BILANGAN PELAWAT
Pelawat hari ini: 2079
Jumlah pelawat: 1145964
Hubungi Kami

UNIT PEMODENAN TADBIRAN 
DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Setia Perdana 2,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
T 603 8000 8000   F 603 8888 3721
E webmaster[at]mampu.gov.my

2021 © Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
logo123

MAMPU

Accessibility Toolbar

SPOT-ME Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA Number of Online Services Dasar Polisi
Freedom of Information
Dasar Privasi